Pengikut

Rabu, 22 September 2010

CALON-CALON TIM PRESIDEN JANGAN TERLALU BIADAP !!

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) menegaskan semua aduan mengenai dakwaan politik wang dan tindakan memburuk-buruk pesaing dalam kempen Pemilihan Party 2010 mesti dikemukakan kepada jawatankuasa itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua JPP, Dr Molly Chead berkata parti memandang amat serius amalan politik wang dan sekiranya terbukti kesalahan, seseorang calon boleh digantung daripada mengambil bahagian dalam proses pemilihan.

Malah menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana calon untuk meraih sokongan tidak harus menjejaskan imej parti atau mencemarkan nama baik KEADILAN serta sentiasa meletakkan kepentingan perjuangan parti mengatasi segala kepentingan diri.

"Individu atau kumpulan penyokong tidak dibenarkan mengadakan sidang media di ibu pejabat parti untuk tujuan kempem. Adalah dikesali sidang media yang diadakan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyokong Azmin Ali diadakan tanpa pengetahuan pihak pengurusan ibu pejabat.

"Semua aduan mestilah disalurkan kepada JPP di ibu pejabat parti dan bukannya dibuat melalui media termasuk blog peribadi. Tindakan itu tidak memberi kepentingan kepada KEADILAN sekiranya mendedahkan keburukan dikhalayak ramai," tegas Dr Molly.

Beliau berkata JPP diwujudkan bagi memantau perjalanan Pemilihan Parti 2010 hasil daripada pindaan perlembagaan yang memboleh pemilihan langsung dari peringkat akar umbi melalui kaedah 'seorang pengundi satu undi'.

Tambah beliau, perubahan ini adalah fundamental dan julung kali dilakukan oleh sebuah parti politik disamping menjadi cabaran kepada seluruh anggota yang kini mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk melaksanakan hak mereka dengan memilih pimpinan yang telus, efektif dan komited kepada perjuangan.

"Salah satu persediaan utama bagi sebuah parti yang masih muda seperti KEADILAN ialah melaksanakan garis panduan Kod Etika yang merangkumi kod etika bagi pemilihan parti - termasuk apa yang dibenarkan dan juga larangan.

"Peraturan bagi mengawasi semua proses pemilihan termasuk pencalonan telah disediakan disamping latihan bagi pemantau pilihan raya. Maklumat mengenai pemilihan parti juga dimuatkan di dalam laman web rasmi KEADILAN.

"Mewujudkan suasana sihat bagi pemilihan secara langsung ini berdasarkan kepada beberapa prinsip termasuk pilihan raya yang bebas dan bersih, kesamarataan, kepentingan parti mengatasi peribadi, tiada politik wang, proses yang telus, kebertanggungjawaban serta akauntabiliti kepada semua ahli.

"Sementara kempen pemilihan bagi peringkat cabang semakin panas dan pencalon bagi kepimpinan pusat juga semakin hampir, adalah menjadi tanggungjawab JPP untuk memastikan segala peraturan di patuhi," kata Dr Molly lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan