Pengikut

Jumaat, 3 September 2010

BEKAS PECACAI UMNO SELANGOR BUNYI LAGIIIII !






Khir Toyo menyarankan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada semua ahli DAP dan PKR sebelum menyatakan kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO.

Menurutnya, kursus tersebut patut diberikan kepada individu bukan Islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang Islam.

“Saya menyarankan Yaakob Sapari menubuhkan biro dakwah untuk DAP dan itu merupakan tindakan paling afdal berbanding kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan.

“Kursus tersebut tidak diperlukan UMNO kerana kita tahu jaga diri sendiri dan mempunyai kefahaman tentang agama, tidak perlulah Yaakob menawarkan diri sedemikian,” katanya ketika semalam.

Menurutnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri tidak pernah menyerahkan sebarang anugerah atau merasmikan majlis di dalam ruangan masjid dan ia hanya berlangsung di luar masjid.

Katanya, pendirian baginda wajib dicontohi dan kerana baginda sendiri menghormati masjid sebagai pusat ibadat.

“Siapa dia untuk memberikan kursus kepada pemimpin UMNO? Dia harus sedar dia bukanlah Exco Agama,” katanya.

Sementara itu ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus, mengecam tindakan PR dalam penggunaan masjid secara sesuka hati mereka.

Menurutnya, PR menggunakan surau dan masjid dengan begitu rakus seolah-olah rumah mereka sendiri tanpa memikirkan rumah ibadat itu adalah ‘rumah Tuhan’.

Katanya, sebelum menawarkan diri untuk mengadakan kursus untuk UMNO, beliau harus menjelaskan terlebih dahulu kepada pengikutnya tentang hukum-hakam wanita memasuki ruang masjid apatah lagi orang bukan Islam.

“Jelaskan halal dan haram kepada mereka yang tidak tahu sebelum membuat penawaran yang tidak sepatutnya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan