Pengikut

Ahad, 5 September 2010

KENYATAAN AKHBAR TIM KETUA CABANG KAMPAR: EMMIZA HASMI B ZUL

KENYATAA AKHBAR

SDR EMMIZA HASMI B ZUL

TIMBALAN KETUA CABANG PKR KAMPAR


ISU MENDESAK SOKONGAN KEPADA HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB

SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN


Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Majlis Pimpinan PKR Perak selepas mesyuarat MPN terakhir pada 31hb Ogos 2010 yang mendesak supaya semua cabang-cabang memberi sokongan kepada Hj Mustaffa Kamil Ayub adalah satu kenyataan yang dianggap melanggar peraturan parti dimana menghalang cabang-cabang supaya mecalonkan calon lain bagi jawatan Timbalan Presiden Parti. Ini bukanlah budaya politik yang boleh di terima di dalam PKR.


Lagi pun sekiranya seseorang itu berwibawa tidak perlu ada desakan untuk meraih sokongan. Ianya secara total akan mendapat sokongan secara ikhlas dari semua pihak.


Pertandingan perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Hendaknya begitu jugalah dalam PKR. Pertandingan akan menggambarkan sejauh mana kesuburan demokrasi dalam parti berkenaan. Perubahan kaedah pemilihan yang memberi peluang kepada akar umbi memilih dilihat usaha PKR untuk mengembalikan demokrasi dan memberi peluang kepada seluruh ahli membuat pemilihan


Ini kena dipastikan betul-betul. Seluruh calon dan kumpulan yang hendak meletakkan calon biarlah berjiwa besar. Bertanding perkara biasa dan bukan penyelesaian kepada satu kesudahan. Pertandingan untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Kalau kita tertakdir dipilih, terima dengan penuh jujur dan ikhlas. Kalau tidak, juga kena redha. Ingatlah jawatan bukan untuk dimegahi tetapi amanah rakyat untuk dilaksanakan tanggungjawab.


Harapan saya adalah, sekiranya pemimpin itu benar-benar ingin menawarkan diri, biarlah sanggup turun ke akar umbi untuk memberi penjelasan mengapa dan kenapa mahu bertanding, bukannya cara menyekat dengan menggunakan kuasa yang ada.


Kesimpulannya, oleh kerana jawatan yang dipertandingan adalah jawatan Timbalan Presiden maka adalah amat wajar sekiranya jawatan ini dipilih secara syura tanpa melibatkan proses pertandingan untuk mengelakkan perpecahan dan permusuhan sebagai mana yang telah diajar kepada kita pada zaman Khilafah Ar-Rasidin.


Wasalam


EMMIZA HASMI B ZUL

TIMBALAN KETUA CABANG

PARTI KEADILAN RAKYAT

CABANG KAMPAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan