Pengikut

Khamis, 2 September 2010

DULU HIDUP SAYA MISKIN DAN PAPA KEDANA-ZAMBRY KADIR





“Nostalgia sewaktu kecil mengingatkan saya apabila melihat keletah anak ini kerana saya dan isteri turut tergolong dalam keluarga miskin satu masa dulu,” kata Zambry Kadir.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Shopping Raya Anak Angkat Menteri Besar anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) di pusat membeli belah Jaya Jusco, Kinta City semalam.



Hadir sama, Datin Seri Saripah Zukifli; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri yang juga Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Eksekutif YBUDR, Khairul Azwan Harun.

Dr Zambry berkata, seramai 103 anak-anak dari keluarga miskin pelbagai kaum dipilih untuk dibawa membeli belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, bukan sahaja anak Melayu yang menerima bantuan itu, mereka dari kaum Cina, India dan Orang Asli juga dapat merasai kemeriahan membeli belah seperti yang dialami anak lebih bernasib baik.:

“semalam anak-anak saya dan isteri ramai dan peluang yang kami ada digunakan sepenuhnya melalui YBUDR untuk membawa anak-anak ini membeli belah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri,” katanya di sini, semalam.

“Program seperti ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak-anak kita kerana ia adalah waktu untuk bergembira selepas mendapat pakaian baru, duit raya dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 7,799 imam, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Perak akan menerima elaun khas sebanyak RM200 seorang sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi. Mat Gelap ni terpkasa akur dan ikut jejak Lim Guan Ng yang lebih dahulu mengumumkan pemberian duit raya kepada guru KAFA di Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan