Pengikut
Khamis, 2 September 2010
CALON-CALON DARI PERAK KE MPP
Majlis Pimpinan Perak menyokong Naib Presiden yang juga MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohd Nur Manuty bertanding jawatan Naib Presiden.
MPN Perak juga mengumumkan lapan calon bagi jawatan anggota MPP bagi mewakili negeri itu.Mereka ialah Madhi Hassan (Naib Pengerusi MPN Perak@ Ketua Cabang Bagan Datoh), Zulkify Ibrahim (Ketua Penerangan MPN Perak@Ketua Cabang Tambun), Ismail Yusof (Pengarah JPRN@Ketua Cabang Bukit Gantang), Usaili Alias (Ketua Cabang Parit), YB S Kesavan, (Naib PengerusI MPN Perak dan ADUN Hutan Melintang), YB Tai Sing Ng (Bendahari MPN Perak dan ADUN Kuala Sepetang@Ketua Cabang Batu Gajah), Muzaffar Shah Khairuddin (Exco AMK Pusat SU Cabang Teluk Intan) dan Siti Aisyah Shaik Ismail (Ketua Srikandi Pusat).
Dan sebelum ini, Sdr Mohammad Azman b Marjohan Ketua AMK Tg Malim juga mengumumkan akan bertanding MPP tetapi Lembaga Disiplin Parti telah memecat beliau dan kini sedang menunggu proses rayuan .
Bagi Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak, yang bertanding EXCO AMK Pusat adalah Sdr Emmiza Hasmi (Tim Ketua Cbg Kampar), Sdr Zafril Eussoff (SU AMK Cbg Gopeng) Sdr Yahya Sajari (Ketua AMK Bagan Datoh), Sdr Mohd Yusri b Yaacob (Ketua AMK Lumut), Sdr MA Tinagaran (Pemangku Ketua AMK Ipoh Barat), Sdr Romihadi (Ketua AMK Gopeng), YB Chang Lih Kang(ADUN Teja@ Naib Pengerusi MPN Perak).
Manakala YB Chan Ming Kai(Adun Simpang Pulai@Timbalan Ketua AMK Perak ) serta Sdr Ahmad Akhdhor(Naib Ketua AMK Perak) mengesahkan untuk bertanding Naib Ketua AMK Pusat.
Dan setakat ini YB Abdul Yunus Jamhari, Ketua AMK Negeri Perak yang juga Adun Kuala Kurau yang masih belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan di peringkat Pusat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan