Pengikut

Rabu, 15 September 2010

DATUK ZAID DITAJA ?





Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.

“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru? “Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali.

Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998.

Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya. Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan