Paling menarik ialah Pasir Salak dimana Mustaffa Kamil Ayub ditentang oleh Hj. Osman Abdul Rahman. Hj. Osman menyerahkan borang pencalonan pada pukul 3.45 petang, lima belas minit sebelum waktu pencalonan ditutup.
Ini merupakan perkembangan menarik kerana Hj. Osman dilihat sebgai orang Azmin, dan merupakan bekas Ketua Cabang Pasir Salak sebelum Mustaffa Kamil. Kembalinya Hj. Osman ke Pasir Salak akan menyulitkan lagi Mustaffa Kamil Ayub.
Apakah Hj. Osman mampu mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub?(ureka.asia.com)
Apakah Hj Mustaffa akan mengalahkan boss lama beliau di Pasir Salak..?
Hj Osman adalah Ketua Cabang Pasir Salak, manakala Hj Mustaffa hanya Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak. Jadi sini, Hj Osman akan memepertahankan jawatan tersebut dan Hj Mus adalah pencabar sebenarnya.
Haji Osman merupakan mantan Pengerusi PKR Perak sebelum diambil alih Hj Mus..yang menariknya i..Hj Osman daripada Cabang Pasir Salak dan Hj Mus juga dari Cabang yang sama.Mantan Pengerusi dari Pasir Salak..Pengerusi PKR Perak juga dari Pasir Salak.
Mengapa Hj Osman mahu bertanding kali ini..? ini satu persoalan yang cukup susah untuk dijawab..? hanya Hj Osman saja yang tahu tapi Allah itu lebih Mengetahui.
Hj Mus sudah mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden. Ini Bukan satu tugas yang ringan bagi Hj Mus..Hj Mus perlu menang di Pasir Salak.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, Perak akan bagi sokongan padu kepada beliau, tambahan pula arahan telah dikeluarkan selepas Mesyuarat MPN yang terakhir.....
"Sidang akhbar MPN Perak pada 31hb.ogos 2010.Mesyuarat MPN yang bersidang pada hari ini bersetuju sabulat suara mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj.Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang..." (dari FB)
"PKR Perak hancur berkecai sabelum ini.Beliau didatangkan oleh pusat untuk memulihkan keadaan.Memang berat mata memandang tetapi berat lagi bahu memikul...Kini sudah mula bangun dengan perpaduan yang kukuh disamping pembersihan dalaman terus dilaksanakan.Kini Perak sudah mula bergerak laju walaupun kita tau masih ada musang yang berbulu ayam dalam parti..."(komen daripada arahan tersebut)Cuma apabila menyebut tentangan musang berbulu ayam, tak boleh kita nafikan memang ianya ada..! parti mana pun ada..jadi apa yang kita nak herankan..
Memang..Hj Mus memang ada pengikut, hampir 24 Ketua Cabang yang ada di Perak ni menyokong Hj Mus sebagai Pengerusi PKR Perak. Kalau tidak masakan Ketua UMUM sudi melantik Hj Mus sebagai Pengerusi Negeri. Jadi siapa yang dimaksudkan dengan MUSANG BERBULU AYAM..?
Apabila Hj Osman membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan, ini satu tamparan hebat kepada Hj Mus. Demokrasi..sapa pun boleh bertanding..asalkan dia ahli parti.
Benarkah ada desakan disaat-saat akhir minta Hj Osman bertanding..? Jika benar mengapa..?
Tapi apa pun biarlah pertandingan di Pasir Salak akan jadi satu pertandingan yang cukup sihat. Kerana disana ada pengaruh dan kekuatan masing-masing.
Pedulikan soal MUSANG BERBULU AYAM..kerana ia akan menjahanamkan parti..merapatkan saf lebih penting daripada melayan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan