Pengikut

Khamis, 30 September 2010

PERAK NEWS: HJ MUSTAFFA MENANG TANPA BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR

Azmin dikatakan merancang untuk jatuhkan TS Khalid sebagai MB Selangor..Datuk Zaid asyik dengan kenyataan terbuka hentam PKR...jika kedua-duanya diambil tindakan tatatertib..tak dibenarkan bertanding atau digantung..walaupun Biro Politik mengesahkan Datuk Zaid bebas daripada sebarang tindakan disiplin..nasib Azmin belum tau lagi..?

Maka tinggallah Hj Mus seorang...maka lebih baik isytihar saja Hj Mus menang tanpa bertanding untuk Timbalan Presiden...lagi pun Hj Mus adalah calon pilihan Presiden...esok jam 3.30 petang, Hj Mus akan buat PC di Kelab Sultan Sulaiman..dah pasti dengan bangganya Hj Mus mengumumkan untuk bertanding Timbalan Presiden..kalah di Pasir Salak tapi menang free Timbalan Presiden..ok la tu.

Pemilihan cara 1ahli 1 undi yang julung kali ini banyak disaksikan kepada ahli-ahli sikap serta beberapa "kebodohan" yang tak sepatutnya berlaku. Bergaduh sana-sini..sepak terajang peti undi..yang sebelum ini ahli PKR hanya menyaksikan dalam pemilihan MIC dan UMNO..kali ini berkalu dalam parti sendiri.

Bukan itu saja..keburukan sikap dan sifat beberapa calon yang bertanding turut di dedahkan..cuma tak keluar paper je...tapi dibawah.? macam-macam benda di dedahkan.

Proses kematangan..? adakah ini proses kematangan..? atau "diproses" untuk menjahanamkan PKR..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan