Pengikut

Khamis, 30 September 2010

INIKAH ADUN YANG AKAN SERTAI PPP?


Adun Bebas ini akan sertai PPP dalam masa terdekat..

 
 
 
 
Seorang ADUN di Perak dikatakan akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam masa terdekat, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari kepimpinan tertinggi negeri dan pusat.
 
Menurut Ketua Pemuda PPP Negeri, Mustafar Rahadi, hasrat itu disampaikan ADUN berkenaan beberapa minggu lalu dalam perbincangan dan kata sepakat yang dicapai bersama antara kepimpinan bahagian dan Pemuda PPP negeri.

Katanya, hasil keputusan itu akan dikemukakan ke peringkat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mendapat persetujuan serta menetapkan tarikh pengumuman ADUN berkenaan menyertai PPP yang dijangka sehari dua lagi.

“ADUN ini berminat menyertai PPP adalah atas dasar konsep 1 Malaysia yang subur diperjuangkan pemimpin dan ahli PPP peringkat cawangan, bahagian, negeri serta nasional.

“Tambahan pula, dengan kekuatan dan kesatuan pelbagai kaum di bawah PPP, ADUN itu yakin parti ini mampu menjana transformasi kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. baca sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan