Pengikut

Khamis, 2 September 2010

ADA YANG GUNA NAMA DSAI & DSWA KERANA NAK MENANG?





Pemantau perjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch kini menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata Yusmadi Yusoff.

Yusmadi yang juga MP Balik Pulau berkata, aduan itu antara tiga lagi aduan yang diterimanya bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.

"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya kepada
Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan