Pengikut

Khamis, 30 September 2010

SAMA-SAMA SETIA: DATUK ZAID AHLI PKR SAMA MACAM AZMIN

Datuk Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden berkata, PKR masih belum matang.

“Jika anda kata ini adalah parti yang terbuka dengan  pemilihan yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya,” soal Ketua PKR WP Kuala Lumpur itu, semalam.

Difahamkan, persoalan itu ditujukan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin senior parti tertentu yang dilihat mempersoal status junior beliau sembena musim pemilihan ini demi memenangkan ‘calon wahyu’, Azmin Ali.

Tetapi, pasukan Azmin sendiri memberitahu bahawa tidak salah dibangkitkan soal kesetiaan Zaid itu memandangkan Zaid sendiri dilihat lantang menyerang pemimpin-pemimpin utama parti belakangan ini.

Berbeza dengan dirinya, Azmin berkata kesetiaannya kepada Anwar dan Presiden tidak perlu dipertikai lagi.

Kata mereka, lebih 12 tahun Azmin membuktikan bahawa dirinya adalah pemimpin paling setia kepada keluarga Anwar itu.
Pun begitu status Azmin masih dilihat ‘gatekeeper’ Anwar yang cuba diperlihatkan matang memimpin parti.

Zaid pula walaupun kadang-kadang membangkitkan soal yang remeh, namun khalayk melihatnya seakan agent semak dan imbang serta ‘agen perubahan’ pada parti.

Selain Zaid, Tan Sri Khalid Ibrahim  dilihat sebagai ikon integriti parti.

Manakala, Tian Chua dan Mustafa Kamil Ayub masing-masing dilihat sebagai ikon anak Malaysia dan ikon Islamis dalam parti yang mampu membebaskan keluarga Anwar dari belenggu ‘gatekeeper’ tertentu. baca sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan