Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

KETUA AMK TG MALIM DIPECAT DARI PKR?





Ketua AMK Cabang Tg Malim..Azman Marjohan di pecat dariapda Parti Keadilan Rakyat..keputusan Lembaga Disiplin Parti itu disampaikan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam mesyuarat MPN Negeri Perak petang tadi..sebab-sebab pemecatan beliau masih belum dapat dipastikan..

Turut di pecat Ketua AMK Cabang Parit..Faizal Effendi Hasim..

Sdr Azman dijangka akan membuat satu sidang media esok bagi memohon penjelasan daripada Lembaga Displin mengapa beliau beliau dipecat..

azman marjohan( bertopi)

PROMOSI-TAPI TAK ADA DISKAUN







Calon-Calon Ketua AMK Pusat akan berdebat di Bukit Jana Golf Resort Taiping..18 September 2010..jam 8.00 pm- 11.30 pm...sapa suka datang..yang tak suka tak perlu datang..ni bukan chai..tapi harus dengor sapa yang ada wawasan untuk bawa AMK lebih kehadapan...bukan hanya retroit politik..bukan hanya pandai berdemo..bukan hanya pandai menulis..bukan hanya pandai berkata-kata...tapi misi dan untuk membina AMK itu sendiri..


PILIHANRAYA BUKAN PESTA - TAIB MAHMUD





Rakyat Sarawak tidak seharusnya melihat pilihan raya negeri akan datang sebagai satu pesta ataupun medan untuk menilai populariti, kata Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat rakyat semasa pilihan raya akan datang menjadi penentu kepada hala tuju negeri ini pada masa akan datang.

Pilihan raya, katanya, bukanlah semata-mata untuk memilih calon yang disukai sahaja kerana wujud perkaitan di antara pilihan rakyat dengan kemajuan yang akan datang ke negeri ini.
"Betul pilihan kita, negeri ini akan terus maju. Salah pilihan kita, negeri ini akan tergendala dalam kemajuan," katanya.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat Jun tahun depan dan pembubarannya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dijangka dilakukan pada bila-bila masa dari sekarang.

Taib yang akan genap 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak menjelang Mac tahun depan, berkata pilihan raya akan datang harus dilihat sebagai peluang bagi rakyat biasa untuk mencapai impian masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

"Pastikan orang yang mereka mahu undi berupaya untuk berkhidmat, berupaya untuk melakukan dan membangunkan negara yang boleh membawa kemakmuran kepada anak-anak mereka," katanya.

Katanya, Sarawak masih lagi memerlukan kestabilan politik dan perpaduan rakyat sebagai asas bagi memastikan usahanya mencapai kemajuan lebih tinggi.

"Kalau kita sayangkan negeri ini, pandai-pandailah kita berunding membuat pilihan," katanya

MENGAPA NAJIB TAKUT SANGAT DENGAN SINGAPURA? - TUN M





Pertemuan Tun M dengan 15 ahli Koprat Melayu...Tun M bantai Najib...Tun M kata Najib tiada pendirian...Tun M kata Najib takut sangat pada Singapura..pasai apa Najib takut sangat dengan Singapura...ada apa-apa yang Singapura tahu tentangan Najib...?



(pic hiasan saja ni)


NGA KOR MING TUNGGU ZAMBRY KADER






Zambry Abd Kadir digesa menjelaskan surat sokongan yang dikeluarkan pegawainya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam meluluskan 84 hektar tanah di kawasan Segari, Lumut tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, rakyat perlu tahu kebenaran ini berikutan pada masa sama, Zambry juga telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM700 juta untuk membina Lebuh Raya dari Segari ke Changkat Jering.

“Kami menerima aduan daripada rakyat iaitu pembantu khas Menteri Besar telah mengeluarkan surat sokongan supaya PTG meluluskan tanah berpuluh hektar kepada kroni-kroni mereka.

“DAP telah mendapat bukti ada surat sokongan itu dan rakyat perlu tahu adakah ini satu kebetulan apabila pegawainya beri surat sokongan meluluskan tanah pada masa sama, kerajaan luluskan peruntukan RM700 juta bina lebuh raya itu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, pihaknya mendapati hasil Kerajaan Negeri berjumlah RM117 juta sebahagian besar adalah premium tanah.

“Beliau (Zambry) perlu mengemukakan kepada rakyat berapa ribuan tanah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak ‘rampasan kuasa’.

“Adakah kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menjual negeri kerana tahu pada pilihan raya akan datang, mereka ditolak oleh rakyat?

“Selain itu, di mana hasil 21 keping tanah komersial yang sebahagian besar di kawasan Lembah Kinta yang telah dikenal pasti kerajaan Pakatan Rakyat dulu,” katanya.

Menurutnya, DAP memutuskan untuk mengambil tindakan sekiranya Zambry tidak menjelaskan perkara berkenaan.

“Kita ada bukti yang disokong sendiri oleh pegawainya. Bagaimanapun, kita menunggu beliau menjelaskan isu-isu ini sebelum kita mengambil tindakan seterusnya. Kita akan kemukakan bukti ini pada masa yang sesuai,” katanya.

PECAT SAJA KERAKYATAN NAMEWEE-OSMAN BAKAR





Kerajaan didesak supaya melucutkan kerakyatan Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee ekoran perbuatannya menghasilkan klip video terbaru yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tindakan tegas itu adalah yang paling wajar dikenakan bagi memastikan pihak-pihak lain yang ingin mencontohi perbuatan Namewee membatalkan hasrat mereka.

''Saya dapati Kementerian Dalam Negeri banyak berlembut dengan pemuda berkenaan yang sebelum ini telah mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku sehingga dia menjadi lebih berani untuk 'berkarya' sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan kaum lain.

''Oleh itu, sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan menahan pasport atau melucutkan kewarganegaraannya," katanya.

Beliau mengulas tindakan bekas penuntut pengajian komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan itu yang menghasilkan klip video terbaru terbabit dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua Melayu di sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, Johor yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolah pada 12 Ogos lalu.

Namewee, 27, dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut.

Menurut Osman, tindakan lain yang boleh dikenakan adalah menahan pemuda dari Muar, Johor itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tindakannya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum.

Dalam perkembangan sama, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, langkah melucutkan kewarganegaraan adalah yang terbaik kerana pemuda itu tidak serik walaupun banyak pihak telah menegur perbuatannya sebelum ini.

"Saya telah menonton klip video terbaru ini dan apa yang boleh disimpulkan ia adalah biadab dan perkataan cacian serta hasutan ini tidak boleh diterima rakyat negara ini,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan isu itu dan tidak menolak kemungkinan membuat satu lagi laporan polis seperti yang dilakukan pada 2007 berkaitan klip video Negarakuku.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Gagasan Suara Rakyat Selangor (Suara), Mohd. Daud Tarihep berkata, tindakan Namewee itu bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan sebanyak toleransi dan bersatu padu antara kaum.

''Telah banyak kali dia melakukan perbuatan melampau ini, jadi satu tindakan tegas harus diambil termasuk dikaji sama ada terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang itu dilucutkan kerakyatan,'' katanya.

Beliau berkata, perbuatan pemuda itu tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat kerana dia jelas sekali tidak menghormati kedudukan raja dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan yang berperanan menyatukan penduduk Malaysia.

TUNDUK IKUT TELUNJUK





Menyambutnya setiap tahun...mengkibarkan bendera malaysia yang diberi nama jalur gemilang..dengan harapan agar rakyat berkongsi sama segala detik kemenangan , kesusahan 53 tahun yang lalu..

Mari kita bersatu...semua rakyat adalah sama..kekalkan keamanan..semua anak malaysia...kata-kata biasa yang selalu didengarkan.

Betul ke merdeka..?

Atau hanya sebagai kata-kata penyedap daripada pemimpin kepada rakyat..? atau hanya untuk mengekalkan kuasa supaya terus berkuasa..?

Dalam keadaan begini..dengan semua dipaksa tunduk ikut telunjuk pemimpin...itukah yang dinamakan merdeka..? malu..malu..!

Janganlah paksa rakyat supaya menerima merdeka yang palsu ini..

Isnin, 30 Ogos 2010

MEREKA AKAN PAKSA NAJIB BERUNDUR





Sejak cerita MP Serdang dalam masjid tu meletup, rupanya ada yang lebih meletup..selain cerita tu, ada yang mengatakan ianya saja dibesar-besarkan hanya untuk memburukan imej Najib serta Rosmah dengan menggunakan blog PR..dan lihat apa yang berlaku..gambar-gambar Rosmah didedahkan...


Siapa yang berperanan untuk menjatuhkan imej Najib dalam isu ini..dah tentu orang UMNO..orang yang tidak sehaluan dengan Najib...cerita MP Serdang hanya sebagai "pembuka bicara" saja..dan lepas ni mungkin akan ada berita,cerita lebih mengaibkan untuk memaksa Najib berundur..bagaimana mereka memaksa Pak Lah turun...tu adalah keje UMNO.

DAH...








MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan Writ Saman selepas mewakili kerajaan Kelantan hari ini memfailkan saman terhadap Petronas berhubung dakwaan melanggar kontrak royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

HUHU..SENANG-SENANG..KATA-KATA





Dahulu orang memperkatakan UMNO tidak mengikut ajaran agama Islam, tetapi kini berlaku sebaliknya apabila pembangkang yang selalu bercakap mengenai Islam sanggup menggunakan institusi masjid demi kepentingan politik.

“Ini terbukti pembangkang tidak ikhlas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan politik,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang baru-baru ini.

Shafiqurrahman Shamsudin berkata, perbuatan pembangkang itu akhirnya terbongkar yang hanya ingin meraih sokongan politik dengan menggadaikan masjid dan surau.

Menurutnya, namun disebalik yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri dan secara tidak langsung rakyat dapat kembali mempercayai UMNO yang memimpin negara ini lebih 50 tahun.

Shafiqurrahman ditemui dalam majlis berbuka puasa dan tahlil itu turut meraikan 16 orang golongan kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan Aidilfitri.

Shafiqurrahman berkata, majlis berbuka puasa itu diadakan bersama Pemuda UMNO cawangan dan bagi meraikan orang kurang upaya termasuk golongan miskin.

Menurutnya, sempena Ramadan sesuai untuk merasai dan melahirkan simpati terhadap golongan berkenaan yang mungkin selama ini dipinggirkan.

:“Pemuda bahagian dan cawangan sudah meneruskan usaha menjejaki serta membantu golongan ini sehingga ke peringkat akar umbi dan hampir setiap minggu program ini dijalankan.

“Saya berharap program turun bawah (turba) ini akan berterusan terutama sepanjang Ramadan bagi menambahkan pahala, seterusnya membantu golongan tidak bernasib baik agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Mohd Jamil Md Idross, Naib Ketua, Abd Muthalib Harun dan Mantan Exco Kerajaan Negeri merangkap ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Datuk Abdullah Hasnan.





LELAKI TUA 74 TAHUN..MASIH "HUHU" APA RAHSIANYA?





Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik di Sarawak diselubungi desas-desus bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.


Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik merasakan bahawa kenyataan Taib itu hanya satu peringatan yang merupakan muslihat sekadar "untuk menguji".

Sejak akhir-akhir ini, Taib, 74, Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak (29 tahun sejak 26 Mac, 1981), menjadi sasaran khabar angin berhubung dakwaan kekayaannya yang melimpah ruah.

"Beliau tidak akan meletak jawatan.


Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin.

Ahad, 29 Ogos 2010

MEREKA YANG BERLAWAN di PERAK





Hari ni 17 Cabang dah selesai membuat pencalonan bagi semua jawatan di peringkat Cabang, AMK serta Wanita..cuma ada yang agak sengit..Cabang Kampar sebagai contoh, apabila YB Chan Ming Kai akan "berlawan" dengan Hj Shaarani sebagai Ketua Cabang..Haji Shaarani orang lama dalam PKR Kampar. Mungkin juga kalau tak kerana kekerasan hatinya pada PRU yang lepas, DUN Tualang Sekah mungkin jadi milik PKR daripada calon Melayu..ye lah benda dah lepas..

Cabang Gerik...Hj Sufian Ketua Cabang sekarang akan ditentang bekas calon Temenggor Moon AhKau..tapi rasanya Hj Sufian boleh dapat kemenangan dengan mudah. Haji Sufian memang tidak boleh dinafikan dari segi gerak kerja di Cabang..seorang yang hebat.

Cabang Ipoh Barat..MA Tinagaran Pemangku Ketua AMK yang berhasrat untuk memang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang akhirnya terpaksa akur apabila, Arjunan bekas calon DUN Chenderiang menghantar borang pencalonan di saat akhir petang tadi. Arjunan yang agak sensasi dengan isu S. Saravanan dan merupakan bekas SU Cabang Ipoh Barat.

Bagi Cabang Larut, Dr Mohd Nor Manuty yang disebut-sebut akan mengantikan Hj Hamid juga menerima nasib yang sama apabila beliau ditentang oleh Cikgu Rizal bekas SU Cabang Larut. Tapi rasanya, ahli Cabang Larut dah ada pilihan.

Cabang Taiping, Pemangku Cabang Eddy Ridzuan akan "beradu" nasib dengan Hj Zakuan..dan seorang lagi Lokman Ibrahim..Haji Zakuan pernah memangku Ketua Cabang sekitar tahun 2002-2004..agak malang dalam tempoh itu..Cabang Taiping amat suram waktu itu..

Cabang Batu Gajah..3 penjuru, Cabang yang ditinggalkan YB Tai Sing Ng yang berhijrah ke Cabang Lumut..Nadarajah atau lebih dikenali sebagai Sugu bekas calon DUN Tualang Sekah dan bekas Pegawai Khas kepada MB Nizar.. seorang lagi Ng Mun Yin..seorang peguam yang baru 2 tahun jadi ahli PKR..manakala calon yang terakhir Lee Soh Har..tokey kelapa sawit..jadi tiada yang terbaik antara yang baik...

HARI KEDUA MATC PERCALONAN DI PERAK





Hari kedua pencalonan di peringkat Cabang di Perak...bagi jawatan Ketua Cabang

Cabang Ipoh Barat : MA. Tinagaran....Arjunan
Cabang Ipoh Timut: YB Chang Lih Kang
Cabang Batu Gajah : Ng Mun Yin...M. Nadarajah...Lee Soh Har
Cabang Kampar: YB Chan Ming Kai...Hj Shaarani
Cabang Beruas : Robert Ngo Chin Peng...Vijayan
Cabang Kuala Kangsar: Ismail Bahak... Tun Ali b Tun Hamzah
Cabang Tambun: Ust Zulkifli Ibrahim
Cabang Parit: TIADA MAKLUMAT

TENGAH "PERIODD" PUN ADA TU ?





korang ni tak nampak ke apa yang ada kat atas kepala rosmah..bini najib tu, bukan ke kain tudung..? bukankah rosmah menutup" orat". yang lain tu..agaknya yang tengah "periodd" pun ada..? Tuhan saja yang tahu..

Sabtu, 28 Ogos 2010

KEDUDUKAN TERKINI MATC PERAK





Hari Pernamaan Calon bagi Zon Utara Perak...setelah ditutp jam 4.00 petang ni...beginilah keadaan dan kedudukan bagi jawatan utama di cabang...


CABANG LARUT : DR MOHD NOR MANUTY
CABANG PARIT BUNTAR: YB ABDUL YUNUS B JAMHARI
CABANG BAGAN SERAI: MD NASIB B ABDUL RAHIN
CABANG TAIPING: ADDY RIDZUAN, HJ ZAKUAN, LOKMAN IBRAHIM
CABANG BKT GANTANG: HJ ISMAIL YUSOP
CABANG SG SIPUT: ONN B YEOP ABAS
PADANG RENGAS: ALIAS B ZAINON
CABANG GERIK: MOON AHKAU, HJ SUFIAN
CABANG LENGGONG: YUNUS HASHIM , YUSNI B YAHAYA



SATU ANUGERAH- LEE CHEE LEONG





Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi kepada warga asing dan bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak yang diterima KDN dari tahun 1997 hingga 2006 bagi semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah 32,927 dan semua permohonan telah selesai diproses dan dikeluarkan keputusannya pada tahun 2009, katanya.

Pada masa kini, katanya, kementerian sedang memproses permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang berjumlah 29,677.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,302 keputusan telah dikeluarkan dan bakinya telah diproses adalah sebanyak 13,375 di mana keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Dis tahun ini, katanya.


MATC BKT GANTANG: HJ ISMAIL YUSOP MENANG TANPA BERTANDING





Ketua Cabang Bkt Gantang...yang juga Pengarah JPRN Perak Hj Ismail Yusop menang tanpa bertanding...setakat ni tiada maklumat yang mengatakan beliau akan di cabar..manakala bagi Ketua AMK..Sdr Khairul juga menang tanpa bertanding.

Jumaat, 27 Ogos 2010

MATC BAGAN SERAI: ABG TAN TIDAK DICABAR





Pemilihan Cabang Bagan Serai..Abang Tan(Md Nasib:Ketua Cabang) dijangka menang tanpa bertanding..manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang..Sdr Noor Azlan(Mantan Ketua AMK) dan Sdr Munawir akan cuba mengisi jawatan tersebut...

MATC PEMILIHAN: CABANG LARUT -CIKGU HAMID MENANG TANPA BERTANDING





Setakat ini dimaklumkan kesemua jawatan di Cabang Larut tiada pertandingan..walaupun sebelum ini disebut-sebut Dr Mohd Nor Manuty akan bertanding jawatan Ketua Cabang Larut...tetapi tiada siapa yang berani mengesahkan Dr Mohd Nor akan bertanding...kesemua jawatan tiada pertandingan setakat ini..Cikgu Hamid menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Larut..


SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN





Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam Negeri, Abdul Malik Abul Kassim menafikan dakwaan beliau tidak berjaya menangani kontroversi penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat.

Menurutnya, gesaan untuk beliau meletak jawatan apabila enggan bertanggungjawab dengan kontroversi itu tidak berasas malah ia satu kejayaan baginya apabila tidak berjaya mengikut telunjuk UMNO yang sengaja membesarkan isu itu.

“Ya, saya tidak berjaya mengikut telunjuk UMNO yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi berhubung isu ini sedangkan ia pada saya bukan satu kesalahan apabila seorang khatib mendoakan kesejahteraan dan hidayah kepada Ketua Menteri.

“Jika perkara ini satu kesalahan, sudah lama masyarakat melenting dan ‘bising’ kerana ia berlaku dah lama, kenapa tak bising sejak Februari lepas, kenapa baru sekarang nak bangkitkan isu ini? Jelas, isu ini diberi perhatian apabila ia dibangkitkan oleh UMNO, jika tidak ia tidak menjadi masalah,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, keresahan pada isu khutbah solat Jumaat itu hanya dibangkit oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda sahaja dan ia terdiri daripada jumlah yang sangat kecil.

“Golongan inilah yang memperbesarkan isu ini sehingga menimbulkan keresahan masyarakat dengan tujuan memporak peranda hubungan yang terjalin antara kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan rakyat di negeri ini.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai dengan pengakuan Ustaz Zakaria semalam namun saya masih berpegang kepada perkara yang dilakukan itu berdoa untuk Guan Eng itu tidak salah kerana beliau bukan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuan Mizan Zainal Abidin seperti yang didakwa cuma mendoakan Guan Eng diberi hidayah,” katanya.

Malik berkata, pihaknya akan memantau dengan lebih teliti pada khatib jemputan mahupun khatib tempatan yang ingin memberi khutbah Jumaat selepas ini bagi mengelak perkara sama berulang.

“Kita akan pantau dan akan pastikan khatib yang berwibawa memberi khutbah supaya insiden ini tak berulang,” katanya.

SPRM ..KAMI TIADA BUKTI..KAMI LEPAS-DAKYAH PEMBANGKANG





Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta @RM21 juta kepada keluarga KM Sarawak,Taib Mahmud?


Rumah agam itu dibeli oleh firma Pelaburan CSY yang berpangkalan di California pada 1991 melalui anak syarikatnya, WA Boylston Inc, dan pemilikan hartanah itu didakwa dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun kemudian dengan harga nominal RM3.1.

HASMI HASHIM 4 PENJURU ?





Hasmi Hashim menawarkan diri untuk Ketua AMK Pusat...

Khamis, 26 Ogos 2010

MUSIM 500





Penang RM 400
Selangor RM 500
Perak RM 500
Pusat RM 500
Negeri lain..500 jugak ke..?

NURUL IZZAH BERDOSA BESAR-JKB





Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan dianggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom@JKB

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.


JKB diminta mengulas laporan bahawa MP Lembah Pantai itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.



* berdosa..berdosa...curi duit royalti minyak tak berdosa...rampas kerajaan pilihan rakyat..tak berdosa..? penjilat najib...

YB ZURAIDAH AKAN DICABAR SEBAGAI KETUA WANITA





Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan Fuziah Salleh untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan MPT PKR...ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perebutan kerusi Ketua AMK hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota MPP Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli...manakala bagi Timbalan Ketua AMK..setakat ni 2 calon, Khairul@Jonah dan YB Amerruddin akan mengisi tempat yang dikosongkan Faris Musa...

Manakala bagi Jawatan Ketua Wanita, YB Zuraidah mungkin akan dicabar YB Rodziah..manakala Tim Ketua Wanita sudah pasti jadi Haniza Talha.

BEKAS KETUA BAHAGIAN PKR BERUAS





Teman dapat panggilan tadi..katanya Bekas Ketua Bahagian@ Cabang PKR Beruas Cikgu Kamaruddin meninggal dunia..kemalangan..

Rabu, 25 Ogos 2010

BERITA TENGAH MALAM: ONG TEE KIAT AKAN SERTAI PKR?





Benarkah Ong Tee Kiat akan sertai PKR....?

PEMUDA HILANG TELO-NYA






Pemuda UMNO satu ketika dahulu dikenali sebagai golongan pendesak, yang sentiasa mendahului kerajaan dalam memperjuangkan agama bangsa dan negara. Jika ada parti komponen cuba hendak mempermainkan atau mengambil kesempatan dalam sesuatu isu terutama berkaitan agama dan bangsa, maka Pemuda UMNO lah yang akan terlebih dahulu kehadapan. Sehinggakan parti-parti komponen lain sangat takut dan menghormati Pemuda UMNO waktu itu.

Namun itu semua tinggal kenangan belaka. Kerana Pemuda UMNO waktu ini dipimpin oleh tokoh yang tidak menghayati perjuangan UMNO itu sendiri, tidak pernah duduk dibawah bersama rakyat marhaen lalu dia tidak dapat merasai apa erti perjuangan sebenarnya. Katua Pemuda yang selama ini hanya terperap dicelah ketiak Pak Mertua dan selalunya berada dicelah (....) anak Pak Mertuanya tentu tidak akan dapat menghayati perjuangan UMNO dan ini adalah salah satu kelemahan UMNO dewasa ini - pemimpin yang tidak ada semangat juang.

TAIB MAHMUD TIDAK AKAN BERTANDING?





Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya.

Selasa, 24 Ogos 2010

LAMBAT SIAP -BIASA LA BN





Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

NAMANYA ZAKARIA AHMAD-SIAPA DIA-UMNO BERTANYA?





Mungkin ramai yang tidak tahu, khatib 'jemputan' yang membacakan doa untuk Lim Guan Eng, sekaligus melanggar rukun ke-5 khutbah Jumaat, Zakaria Ahmad adalah adik kepada Mufti Pulau Pinang, Dato' Hassan Hj. Ahmad.

Zakaria Ahmad juga adalah abang kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Zakaria juga adalah adik kepada Salleh Hj. Ahmad, pensyarah UIA dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.

Mungkin ada dasar Zakaria Ahmad berasal dari keluarga yang hebat nama dan kedudukan mereka dalam senarai penguasa agama di negara ini, maka tindakannya MENYALAK dan MENJILAT pemimpin kafir secara berterus-terang di dalam khutbah tidak dianggap salah. Pastinya akan ada yang cuba mencari-cari dalil dan nas yang membolehkan perbuatan Zakaria Ahmad yang dianggap sebagai BIDAAH DHOLALAH terbesar abad ini di Tanah Melayu.

Setakat ini, Mufti Pulau Pinang yang merupakan abang kepada Zakaria Ahmad telah pun membela adiknya dengan menyalahkan jemaah dan qariah atau lebih tepat lagi para saksi dengan mengatakan, mereka tidak memahami bahasa Arab sedangkan doa yang dibuat oleh Zakaria Ahmad dituturkan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan khusus untuk keselamatan, bukannya memohon hidayah, iman atau Islam.

Sehingga kini, hanya dua orang Mufti yang memberikan kupasan tentang perbuatan bidaah Zakaria Ahmad iaitu Mufti Perak dan Mufti Kedah... bagaimanapun, kedua-dua mufti tersebut, terutama Mufti Perak dilabelkan sebagai Mufti UMNO kerana seringkali menegur kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PAS dari pucuk pimpinan sampai ke akar umbi.

Sehingga kini Mufti yang lantang menentang sebarang kemungkaran ahli-ahli politik terutama yang bergelar Mursyidul Am, hanyalah Mufti Perak. Sedangkan kebanyakan mufti lain lebih senang mendiamkan diri dan cuba mengelak daripada dikaitkan dengan UMNO seperti yang menimpa Mufti Perak.

Para ulama pula lebih senang mendiamkan diri bagi memastikan jawatan dan kemewahan mereka tidak dirampas oleh penguasa. Mereka bercakap agar mereka menerima habuan. Mereka mendiamkan diri agar mereka tidak dikatakan jahil dan kehilangan habuan. Tugas ulama diambilalih oleh si jahil-jahil dan penyeleweng-penyeleweng serta pendusta....


Sumber : Flying Kick

SPRM HARUS SIASAT YB MIDAH DENGAN SEGERA





YB Midah salahguna kuasa..kerana mengantung banner tanpa permit@kebenaran MDBG..SPRM harus menjalankan siasatan daripada YB Midah dapat duit begitu banyak untuk membuat banner-banner tersebut...SPRM mesti siasat...!



(gambor: batugajahmari)

KETUA AMK PUSAT 3 PENJURU





Ketua AMK Pusat : Shamsul Iskandar ...Rafizi Ramli...Cikgu Bad..
Timbalan Ketua : Jonah...Faris Musa...

Isnin, 23 Ogos 2010

MCA MERAYU...TOLONGLAH






MCA menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan hidup bertoleransi supaya mengutuk perbuatan mencemarkan rumah ibadat sebagaimana yang terbaru berlaku di surau Taman Pulai Impian Temiang, yang disimbah dengan cat merah.

Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, tindakan terbaru yang melibatkan surau di Temiang adalah satu tindakan pengecut dan provolatif untuk membangkitkan kemarahan penganut agama lain.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA dan Majlis Presiden menambah, adalah penting untuk semua pihak tidak termakan dengan provokatif tidak bertanggungjawab ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Kita tidak tahu apa tujuan pihak ini melakukan perbuatan pengecut ini dan pada waktu dan ketika seperti ini, seluruh rakyat tidak harus membiarkan emosi mengatasi rasional kerana jika ini berlaku maka akhirnya puak-puak ekstremis yang berada di belakang insiden ini yang akan menang," tegasnya.

Beliau menyeru semua rakyat Malaysia tidak kira agama supaya sama-sama bersatu hati dan tekad menentang perbuatan keji ini sebagaimana yang telah mereka tunjukkan pada insiden yang sama yang berlaku pada Januari tahun ini.

Loh berkata, tindakan mencemarkan rumah ibadat adalah merupakan satu tindakan yang terpencil yang tidak mengambarkan kehendak dan kemahuan majoriti rakyat Malaysia.

Malah katanya, tindakan menyerang dan merosakkan rumah ibadat mencemar kesucian Rukunegara dan mereka yang didapati bersalah melakukannya sepatutnya digugurkan kerakyatan mereka.

JANGAN JADIKAN PULAU SEBAGAI DARAT-TUN M





Tun Dr Mahathir tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai, jadi jangan buat kerja sia-sia" katanya.

SURAU DISIMBAH CAT MERAH ATAU OPERASI LALANG AKAN BERMULA ?





Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini. Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh Jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis. Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya. Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun.

Mereka menemui satu botol arak yang mengandungi cat merah di situ. Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.

Sementara itu, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

PERAK NEWS: HORMATI BULAN POSE-DR LEE





Walaupun berbeza agama, masyarakat bukan Islam disaran supaya menghormati bulan puasa yang dijalankan umat Islam selain menyokong pelaksanaan ibadat itu.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, beliau sendiri tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada Muslimin dan Muslimat.

"Dalam suasana rakyat berbilang kaum ini, ia tidak menjadi halangan bagi saya untuk sama-sama meraikan dan menghayati setiap acara yang dijalankan oleh masyarakat Melayu.

"Malah boleh mendekatkan diri dengan budaya serta adat orang lain,” katanya ketika berbuka puasa bersama penduduk Kampung Pengkalan Baru di Masjid Al-Rahmaniah, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang.

Boon Chye berkata, beliau sendiri mempunyai ramai kenalan dalam kalangan umat Islam dan memahami serba sedikit bahawa berpuasa adalah medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur.

“Apa yang difahamkan, secara tidak langsung amalan berpuasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri seseorang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau dan Lih Kang dapat menambah pengetahuan asas mengenai Islam selain mendekati rakyat sebagai pemimpin yang adil.

“Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

"Inilah peluang terbaik untuk seluruh umat Islam meningkatkan potensi diri dalam bulan yang penuh cabaran ini,” katanya.

Di samping itu, kedua-dua pemimpin turut mendoakan agar keberkatan dan kesucian bulan ini dapat dihalusi dan dinikmati semua berdasarkan perkongsian, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat.


Ahad, 22 Ogos 2010

KEMALUAN UMNO SEDANG DIUJI?





Doa atas nama Lim Guan Ng...UMNO cuba bangkitkan kemaluan orang melayu...bangunlah orang melayu supaya DAP disinggirkan di Pulau Pinang...bangkitlah melayu..pertahankan Agama Islam ini...bangkitlah melayu..bangkitlah..bangkitlah...UMNO sedang membangkitkan kemaluannya...porahhhhhh!!!!!! dah tak ada isu lain...dah tak ada cerita lain...UMNO memang berhajat nak tengok melayu beramuk dengan DAP...itulah UMNO..parti melayu yang tak boleh terima kekalahan...parti yang tak bertelo...guna isu Agama untuk dapatkan Pulau Pinang...itulah UMNO...