ADAM HARIS SALAHGUNA NAMA AMK
AMK Perak membidas tindakan Adam Haris Abdullah menggunakan nama AMK dan Parti Keadilan Rakyat dalam laporan polis yang dibuatnya semalam. Beliau sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 lagi dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang Kuala Kangsar sekarang.
AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian media.
Kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.
Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Barisan Nasional Datuk M Saravanan padahal kononya beliau mewakili anggota AMK.
Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telahpun dibuat.
Kita kenal siapa Adam Haris, beliau adalah alat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini beliau berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar Ketua-Ketua AMK Cabang dengan rasuah wang dan projek.
Malangnya projek mereka terbengkalai akibat pendedahan salah seorang Ketua AMK Cabang yang terlibat. Laporan salahlaku disiplin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin Parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.
Berdasarkan laporan Sinar Harian kelmarin, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama Fauzi Muda iaitu bekas Ketua Cabang Ipoh Barat membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah “pelacur politik” yang menjadi tali barut UMNO yang dulunya cuba merosakkan Parti Keadilan Rakyat dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang.
AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara melulu menggunakan nama AMK dan Parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan.
Sekian.
YB ABDUL YUNUS B JAMHARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan