Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa Isnin.
Perlantikannya dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Nik Nazmi, 28, sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum kedudukannya digantikan oleh Faekah Husin pada Jun lalu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan parti itu, Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan