Pengikut

Isnin, 23 Ogos 2010

MCA MERAYU...TOLONGLAH






MCA menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan hidup bertoleransi supaya mengutuk perbuatan mencemarkan rumah ibadat sebagaimana yang terbaru berlaku di surau Taman Pulai Impian Temiang, yang disimbah dengan cat merah.

Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, tindakan terbaru yang melibatkan surau di Temiang adalah satu tindakan pengecut dan provolatif untuk membangkitkan kemarahan penganut agama lain.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA dan Majlis Presiden menambah, adalah penting untuk semua pihak tidak termakan dengan provokatif tidak bertanggungjawab ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Kita tidak tahu apa tujuan pihak ini melakukan perbuatan pengecut ini dan pada waktu dan ketika seperti ini, seluruh rakyat tidak harus membiarkan emosi mengatasi rasional kerana jika ini berlaku maka akhirnya puak-puak ekstremis yang berada di belakang insiden ini yang akan menang," tegasnya.

Beliau menyeru semua rakyat Malaysia tidak kira agama supaya sama-sama bersatu hati dan tekad menentang perbuatan keji ini sebagaimana yang telah mereka tunjukkan pada insiden yang sama yang berlaku pada Januari tahun ini.

Loh berkata, tindakan mencemarkan rumah ibadat adalah merupakan satu tindakan yang terpencil yang tidak mengambarkan kehendak dan kemahuan majoriti rakyat Malaysia.

Malah katanya, tindakan menyerang dan merosakkan rumah ibadat mencemar kesucian Rukunegara dan mereka yang didapati bersalah melakukannya sepatutnya digugurkan kerakyatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan