Pengikut

Isnin, 16 Ogos 2010

TIADA NIAT SAYA UNTUK JADI PM





Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan daripada pihak parti DAP dan secara peribadi bahawa beliau tidak mempunyai hasrat ataupun cita-cita menjadi Perdana Menteri.


Beliau membidas laporan sebuah akhbar yang disifatkan sebagai agak ‘nakal’ berikutan paparan sekeping gambar mengenai calon yang paling layak menyandang jawatan Perdana Menteri dalam akhbar tersebut, kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa DAP dan beliau secara peribadi akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.


“Saya secara peribadi dan bagi pihak parti DAP sebulat suara memberi sokongan penuh memilih Anwar menyandang jawatan Perdana Menteri.


“Anwar ialah seorang yang mempunyai pengalaman, kebolehan dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. Lagipun, beliau salah seorang pemimpin yang mendapat sokongan penuh daripada seluruh rakyat di negara ini,” katanya pada sidang media, di pejabatnya, Komtar, semalam.


Guan Eng berkata, jawatan yang disandang kini sebagai Ketua Menteri sudah cukup baginya dan mengharap media tidak terus mengaitkan beliau dengan jawatan Perdana Menteri bagi mengelakkan berlaku salah faham antara beliau dan pemimpin- pemimpin lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan