“Bagai pucuk di cita ulam mendatang”. Itulah reaksi pertama dari Ezam.
Bagi bekas setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu, inilah peluang baginya untuk menyatakan kebenaran dan mempertahankan setiap patah perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah.
Ezam menegaskan beliau sanggup bersumpah di depan Hakim Mahkamah Syariah bagi membuktikan beliau tidak berganjak dengan kenyataannya sebelum ini mengenai pasangan suami isteri itu sama ada di ceramah, blog dan twitter.
“Ini kerana ianya satu tanggungjawab saya kepada umat yang dilanda fitnah besar gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin,” ujarnya.
Menurutnya, beliau menyerahkan kepada JAWI sebagai pihak berkuasa untuk buat tindakan selanjutnya sesuai peruntukkan undang-undang syariah ekoran laporan Ketua Pemuda PKR itu.
“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya pada pihak JAWI termasuk kesediaan bersumpah di depan hakim mahkamah Syariah,” tegasnya.
Yang menjadi persoalan nanti apakah tindakan bersumpah oleh Ezam di depan Hakim Mahkamah Syariah kelak sudah cukup menguatkan hujahnya tanpa perlu empat saksi seperti ditetapkan syarak?
Selain itu, apabila kes itu dibicarakan, bukan sahaja Wan Azizah akan dipanggil ke mahkamah Syariah tetapi Anwar akan terbabit sama.
Pasti banyak cerita bakal terdedah apabila kes itu dibicarakan kelak.
Mungkinkah ini dimaksudkan Ezam apabila menyifatkan laporan ke JAWI itu ibarat “pucuk di cita ulam mendatang”.
Dalam pada itu Ezam melihat tindakan Shamsul semata-mata untuk terus popular kerana mahu mempertahankan jawatan Ketua AMK Keadilan Pusat hujung tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan