Pengikut

Rabu, 18 Ogos 2010

PEMUDA PR IPOH TIMUR





Usaha bagi menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Kawasan Parlimen Ipoh Timur telah menjadi kenyataan dan bakal dirasmikan sempena program bersama ahli parlimennya, Lim Kit Siang pada 20 Ogos ini.

Sekretariat yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh bersama ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada Pemuda PAS kawasan, Angkatan Muda PKR Cabang Ipoh Timur dan Pemuda Sosialis DAP.

Antara program yang telah disusun ialah menyerahkan sumbangan kepada warga yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan Ipoh Timur dan bantuan di Surau Taman Temara, Ipoh.

Manakala pada sebelah malamnya di Dewan Chin Woo akan diadakan ceramah bertajuk 'Ke Putrajaya'.

Antara tetamu yang akan bersama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi PKR negeri yang juga Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye.

Pada malam itu, panelis lain yang turut bersama ialah Ahli Parlimen Taiping yang juga Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang yang juga Naib Pengerusi PKR negeri, S.Kesevan.

Selain daripada program-program yang bakal disusun, sekretariat itu telah bergerak menjalankan kempen bersama untuk pendaftaran pemilih baru kepada seluruh warga penduduk di sekitar kawasan Ipoh Timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan