Pengikut

Isnin, 30 Ogos 2010

HUHU..SENANG-SENANG..KATA-KATA





Dahulu orang memperkatakan UMNO tidak mengikut ajaran agama Islam, tetapi kini berlaku sebaliknya apabila pembangkang yang selalu bercakap mengenai Islam sanggup menggunakan institusi masjid demi kepentingan politik.

“Ini terbukti pembangkang tidak ikhlas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan politik,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang baru-baru ini.

Shafiqurrahman Shamsudin berkata, perbuatan pembangkang itu akhirnya terbongkar yang hanya ingin meraih sokongan politik dengan menggadaikan masjid dan surau.

Menurutnya, namun disebalik yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri dan secara tidak langsung rakyat dapat kembali mempercayai UMNO yang memimpin negara ini lebih 50 tahun.

Shafiqurrahman ditemui dalam majlis berbuka puasa dan tahlil itu turut meraikan 16 orang golongan kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan Aidilfitri.

Shafiqurrahman berkata, majlis berbuka puasa itu diadakan bersama Pemuda UMNO cawangan dan bagi meraikan orang kurang upaya termasuk golongan miskin.

Menurutnya, sempena Ramadan sesuai untuk merasai dan melahirkan simpati terhadap golongan berkenaan yang mungkin selama ini dipinggirkan.

:“Pemuda bahagian dan cawangan sudah meneruskan usaha menjejaki serta membantu golongan ini sehingga ke peringkat akar umbi dan hampir setiap minggu program ini dijalankan.

“Saya berharap program turun bawah (turba) ini akan berterusan terutama sepanjang Ramadan bagi menambahkan pahala, seterusnya membantu golongan tidak bernasib baik agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Mohd Jamil Md Idross, Naib Ketua, Abd Muthalib Harun dan Mantan Exco Kerajaan Negeri merangkap ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Datuk Abdullah Hasnan.





1 ulasan:

  1. “Saya berharap program turun bawah (turba) ini akan berterusan terutama sepanjang Ramadan bagi menambahkan pahala, seterusnya membantu golongan tidak bernasib baik agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya.

    Teruskan lah mana mana yg.bawa kebaikan utk rakyat.

    Yg.lain biar Allah yg.menentukan.

    BalasPadam