Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

JANGAN BAHAYAKAN SABAH KATE KU LI. KEH!KEH!

Insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, perlu dipandang serius kerana boleh membahayakan masa depan negeri itu.  

Ku Li berkata, kegagalan mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan asing dikhuatiri akan berulang lagi pada masa depan.

“Rampasan wilayah kita tanpa pengetahuan atau langkah untuk mencegahnya mendatangkan kerisauan kepada rakyat Malaysia terutamanya di Sabah. Integriti dan keselamatan Sabah telah dicabar.


“Peristiwa sebegini mungkin berulang lagi. Rakyat Sabah dan negeri mereka perlu dilindungi sebagai tanggungjawab politik,” kata beliau lagi.


Beliau berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada penduduk Sabah dalam menghadapi situasi getir itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan