Pengikut
Isnin, 2 Ogos 2010
APA KATA ARTIS TENTANG PAS-UMNO
Apa kata Datuk Aziz Sattar: Semua orang ada pandangan sendiri, bincang betul-betul mengenai hal ini. Memang jarang ada pendapat yang sama, kalau semua orang mempunyai pendapat yang sama tiadalah oarang yang bergaduh dan berselisih faham. Jadikanlah cerita SEMERAH PADI sebagai panduan mengenai perpaduan ini. Tidak kira parti politik apa pun sama ada PAS, UMNO atau apa saja, mestilah bersatu untuk Melayu dan perpaduan. Kenangkanlah jasa orang terdahulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan.
Apa kata Zed Zaidi: Kita kena akui UMNO sudah tidak sekuat dulu. Maka pandangan saya, PAS dan UMNO patut bersatu untuk mempastikan perpaduan dan kesatuan Melayu. Kita akan lebih kuat jika bergabung dan hal ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk rakyat negara ini juga.
Apa kata Wardina Saffiyah: Saya tidak kisah sama ada dua parti ini duduk semeja atau tidak. Yang paling penting pemimpin kita mesti telus, menerima pandang masing-masing dan hormat orang lain. Kalau mereka benar sayangkan rakyat, mereka mesti cuba cari jalan penyelesaian, banyak lagi isu lain yang boleh dibahaskan selain isu ini. Isu buang bayi, pendidikan, memperdagangkan manusia dan banyak lagi. Saya dengan JUJUR dan IKHLAS harap kedua-dua parti UMNO dan PAS fikirkan masa depan generasi akan datang.
sumber: sinarharian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan