Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?
Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.
Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.
Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah."
Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."
Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?
Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.
Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?
Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa.
Berikut ialah komen Ezam ulas Wan Azizah :
“Saya gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubungi saya untuk ‘jaga’ suaminya.
Wan Azizah minta malam itu saya jangan keluar rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua. Permintaan itu sendiri menampakkan suasana panic Azizah ketika itu...kerana mana mungkin saya lakukan.Ini kerana tuan rumah adalah Anwar bukan saya. Rakyat sendiri nilailah apa sebenar maksud ‘jaga'…yang Azizah cuba remehkan sekarang apabila menjawab kenyataan saya
Saya sudah buat kenyataan, Wan Azizah juga sudah buat kenyataan. Saya serah kepada orang ramai menilai apa beliau kata.
Jelas jawapan Wan Azizah mahu lari daripada isu yang saya bawa dan tunjuk sikap sambil lewa.
Saya ingatkan Wan Azizah ini bukan soal antara dia dan suaminya sahaja. Ini soal serius dan babitkan rakyat dan ummah sebab suaminya mahu jadi pemimpin negara/Perdana Menteri. Kalau suaminya tidak rakus mahu jadi pemimpin, sayapun tak mahu campur hal perangai jijik suaminya.
Justeru itu saya ajak Wan Azizah demi negara mari bersumpah secara Islam untuk buktikan siapa yang benar. Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang beliau mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.
Saya tahu Wan Azizah tidak boleh lari daripada tanggungjawab.Kita faham posisinya sebagai isteri dengan suami untuk beliau pertahankan tetapi sebagai dia tidak boleh biarkan suaminya fitnah orang lain seperti Datuk Seri Najib, polis, hakim, peguam dan saya kononnya konspirasi kerana dia tahu itu semua fitnah suaminya untuk tutup kelemahan. Wan Azizah tidak sepatutnya subahat dengan fitnah".
Ezam,,, lu juga pernah kena tala ke dgn ex bos lu ???
BalasPadam