Pengikut
Isnin, 9 Ogos 2010
MUHYIDDIN SOKONG TG HADI, TOLAK NAJIB
Muhyiddin Yassin semalam menyatakan sokongan terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak cadangan DAP supaya hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera dimansuhkan. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, percanggahan pendapat di antara Pas dan DAP berhubung isu ini menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) tidak sehaluan.
Menurutnya, rakyat perlu sedar dan tahu menilai tentang pendirian yang diambil pakatan pembangkang, sama ada pendirian yang dibawa mereka itu adalah sama ataupun berbeza-beza. ”
Tindakan Hadi itu tepat dan saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana beliau pasti merujuk apa yang ada di dalam perlembagaan di mana hak Melayu mesti dipertahankan. ”
Mereka (Pas dan DAP) tidak ada pendirian yang sama dan nampak ada perbezaan yang ketara,” katanya .
Hadi berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera perlu dikekalkan kerana majoriti penduduk miskin di negara ini adalah Bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat keistimewaan tersebut.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan