Pengikut

Jumaat, 6 Ogos 2010

MUHYIDDIN TIDAK AKAN TUNDUK





Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar berhubung kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gesaan itu adalah tindakan sia-sia serta menunjukkan Anwar seorang yang terdesak sehingga menggunakan ‘talian hayat’ dan sentiasa bersubahat dengan rakan luar demi kepentingannya.

“Sebagai bekas timbalan perdana menteri, Anwar sepatutnya tahu tetapi soal berbangkit menunjukkan apakah dia begitu terdesak sehingga meminta tolong dan ‘tali hayat’ daripada orang Amerika dan kawan baiknya,” katanya kepada media selepas merasmikan Agrofest Perak 2010 di Ladang Infoternak di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas naib presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan bekas presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal yang mahu Kerajaan Amerika campur tangan dalam kes liwat Anwar yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata, desakan seumpama itu tidak wajar dibuat kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai undang-undang serta sistem perundangan yang dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, pemimpin seperti Al Gore dan Wolfowitz perlu menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara sepertimana mereka menghormati undang-undang di negara mereka sendiri.

“Kita mematuhi undang-undang dan apabila Anwar dibawa ke muka pengadilan dan kini sedang dibicarakan, saya hairan mengapa dia nak minta tolong orang luar, macam dah ‘desperate’ sangat. Apakah dia tidak boleh pertahankan kedudukannya sendiri, atau rasa kes dia sangat lemah. Saya tidak mahu prejudis kerana kes masih dalam mahkamah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan