Pengikut
Isnin, 2 Ogos 2010
PARTI POLITIK PUNCA PERPECAHAN-TAN SRI JINS
Parti politik di negara ini perlu dikurangkan kerana ia antara punca perpecahan berlaku dalam masyarakat, kata Senator Tan Sri Dr Jins Samsuddin.
Katanya, negara ini mempunyai 19 parti politik dan ianya perlu dikurangkan kerana tidak selari dengan populasi 27 juta penduduk selain menyukarkan agenda penyatuan masyarakat.
“Semakin banyak parti maka semakin banyak percakaran yang akan berlaku tetapi jika hanya ada lima parti politik yang mewakili setiap kaum misalnya, maka ia dapat mengurangkan perpecahan yang berlaku apabila setiap pemimpin menjaga hak dan kepentingan masing-masing,” kata beliau.
Menurutnya, perpaduan akan menjadi satu sumber untuk menyatupadukan semua kaum kerana jika kita berpecah-belah antara satu sama lain maka rosaklah bangsa dan negara.
“Malah, generasi muda harus memahami sejarah negara kerana sejarah akan membawa kita kepada kemajuan negara. Tanpa memahami sejarah, kita tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku,” katanya.
Pada masa yang sama katanya, beliau sudah mencadangkan kepada Dewan Negara agar setiap sejarah negeri difilemkan untuk tatapan generasi muda.
Beliau berkata, dalam keghairahan pengusaha filem mengaut keuntungan, tanggungjawab mereka terhadap negara untuk menghasilkan filem yang ada nilai sejarah sangat penting kepada generasi muda supaya celik sejarah.
“Saya sudah membuat filem, dokumentari, teater mengenai kemerdekaan dan inilah sumbangan kepada anak bangsa untuk memberi gambaran kepada mereka bahawa inilah perjuangan kemerdekaan orang lama.
“Merdeka bukan hanya kebebasan tetapi tanggungjawab untuk memajukan negara mencapai keamanan, oleh itu pertahankan kemerdekaan yang diperoleh dan jangan berpecah belah, menghina satu sama lain sebaliknya pupuk kasih sayang dan saling menghormati,” katanya.
*** bior parti UMNO, MCA, MIC, Gerakan saja yang wujud..betoi tak Tan Sri..???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dari parti/ Politik lah beliau jadi Senator dari parti/politik lah beliau kini bergelar TS.,
BalasPadamKalau tidak ,apa lah sangat pengalaman jadi pelakon filem atau wayang.,yg.bole menyumbang bagi mentadbir/memajukan Negara,Bangsa n Agama.
Kerana itu kegagalan n perpecahan berlaku hari ini bukan berpunca dari parti/Politik itu sendiri,tetapi dari Pemimpin yg.tidak berpengalaman,tidak cekap,tidak mempunyai krisma sebagai pemimpin.
Jgn salahkan tanah tinggi rendah jika x tau menari.
Sedarlah diri wahai Jins...
Jgn maree!!!