Pengikut

Rabu, 4 Ogos 2010

SANGGUP DIA MENIPU SAYA-TUN M





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

"Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak,” kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini. Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub”.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

"Saya tidak tahu sama ada dia memperdayakan kabinet atau tidak. Dia hanya telah didakwa, sama ada bersalah atau tidak, tidak tahu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan