Pengikut

Selasa, 3 Ogos 2010

SIDANG DUN: PERAK BUKAN MISKIN-ZAMBRY KUDATE





Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula lancar pagi ini dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang menghadirinya tanpa menimbulkan kekecohan.

ADUN Pangkalan Hulu, Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini.

Zambry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap.

Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja.
"Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya.

Zambry turut menafikan dakwaan bahawa Perak adalah negeri miskin kerana sehingga Julai lalu jumlah miskin tegar di negeri itu hanya seramai 764 keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan