Pengikut

Rabu, 4 Ogos 2010

TGNA IKUT JEJAK ALI RUSTAM ?






Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sedia mengkaji kesesuaian pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka.

Bagaimanapun beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata pihaknya juga merasa bimbang jika membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal, mereka tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh menyebabkan berlaku perceraian.

"Kita tidak mahu orang kahwin kerana suka-suka sahaja, ia benda besar. Tetapi bagi saya benda ini di kampung sudah lama berlaku dan tidak banyak pasangan yang bermasalah sepertimana di bandar. Namun kita akan kaji benda ini," kata Tg Nik Aziz.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan