Pengikut

Khamis, 18 Mac 2010

1 MALAYSIA IKUT SUNNAH RASULULLAH..? gile ke apa UMNO ni !!






Pendekatan Gagasan 1Malaysia, yang diilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang bertindak menyatupadukan umat Islam dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu dizahirkan dalam gagasan Piagam Madinah atau Sahifah Madihah.




"Datuk Seri Najib punya banyak pilihan untuk dijadikan kandungan utama ucapan sulungnya itu. Tetapi, beliau menggunakan pendekatan perpaduan, iaitu selaras dengan sunnah Rasulullah tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di Parlimen hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan konsep 1Malaysia pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam.



"Paling mengecewakan adalah kenyataan Ketua Pembangkang sewaktu membahaskan Titah Di Raja di Dewan Rakyat semalam. Beliau mengaitkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan konsep 1Israel yang menurutnya dipopularkan oleh Ehud Barak sewaktu kempen Pilihan raya Israel pada tahun 1999," katanya.



Saifuddin berkata hujah yang bersifat "teori konspirasi" yang sering digunakan pembangkang juga menggambarkan kedangkalan pemikiran mereka untuk menolak gagasan 1Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan