Pengikut

Isnin, 22 Mac 2010

SAYA MASIH MB SELANGOR






Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan spekulasi bahawa ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan akan kembali ke dunia korporat.

Katanya, beliau tidak pernah memikirkan mengenai perkara itu atau dibangkitkan secara rasmi.

"Peranan saya di luar spekulasi kerana saya ingin berkhidmat kepada orang ramai selagi rakyat dan rakan-rakan saya dalam parti mahukan saya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini, hari ini.


Khalid yang juga pengerusi perhubungan PKR negeri, berkata beliau akan terus aktif dalam politik jika itu adalah yang terbaik untuk beliau lakukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan