Pengikut

Selasa, 30 Mac 2010

YB YUNUS HILANG ???







Sekitar jam 9.00 pagi ni teman terima call dari kenkawan di selangor bertanyakan kemana peginya yb yunus....??? ha ! yb yunus hilang...???

dan beberapa blog pro bn juga mengeluarkan cerita yang sama mengatakan yb yunus dah 3 hari tidak dapat dihubungi...menghilang...

selepas sidang dun tadi...teman sempat minum dengan yb yunus bersama PA beliau, abg nan...di kluang cafe ...tak ada pun...elok je...

jadi...jangan le percayakan sangat cerita yang karut-mengarut tu....yb yunus tetap setia dengan PKR.....

dan juga...pada 04.04.2010...yb yunus akan mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik AMK Perak...bagi menjawab kenyataan Ketua AMK Ipoh Barat yang keluar PKR baru-baru ini....

kepada kekawan di selangor tu...janganlah risau...yb yunus tetap yb yunus...bukan mohsin, bukan zahrain, bukan jamal, bukan osman dan bukan ustaz lompat....



yb yunus
ketua amk perak / adun kuala kurau


cerita blog pro bn:

Sepantas mana masa berlalu, selaju itu juga khabar berita berkenaan ADUN Kuala Kurau YB. Ab. Yunus Bin Jamahari bermain di bibir setiap pemerhati politik. Perkhabaran bahawa YB Ab. Yunus mengikuti sahabatnya YB Parlimen Bagan Serai menjadi YB BEBAS semakin menjadi kenyataan.

Sementara itu, sumber dalaman PKR dikatakan mulai kecoh dan goyah apabila tindakan YB Ab. Yunus membisu membuatkan ahli-ahli PKR khasnya di Perak mulai mempersoalkan kepimpinan PKR sendiri. Sekiranya benar, maka jelaslah esok hari Dewan Undangan Negeri Perak akan mempunyai 4 ADUN BEBAS. 1 dari DAP dan 3 dari PKR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan