Pengikut

Rabu, 17 Mac 2010

INIKAH SAJA HARAPAN NAJIB DAN ROSMAH ??







Selepas kejayaan Lee Chong Wei menjuarai kejohanan badminton All England, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rabu menerima tugasan baru daripada Perdana Menteri menjuarai Piala Thomas, Mei ini.



Datuk Najib berkata sasaran itu perlu sebagai dorongan kepada badan induk sukan badminton terus melakar kejayaan khususnya membawa balik Piala Thomas ke Malaysia setelah kali terakhir memenanginya 11 tahun dahulu.




"Ini satu tugas buat BAM, khas buat Datuk Nadzmi , ini adalah tugas BAM seterusnya untuk bawa balik Piala Thomas untuk Malaysia," katanya pada jamuan tengah hari meraikan kejayaan Lee Chong Wei meraih kejuaraan acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton All England bersama anggota-anggota Parlimen di Dewan Bankuasi di bangunan Parlimen di sini.




Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung BAM, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Mohd Nadzmi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan jurulatih badminton perseorangan negara Datuk Misbun Sidek.




Kejohanan Piala Thomas akan berlangsung mulai 9 hingga 16 Mei ini di Stadium Putra di Bukit Jalil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan