Pengikut

Isnin, 22 Mac 2010

DATUK ZAINAL MUNGKIN KOSONGKAN KERUSI PARLIMEN ?






Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan bahawa penasihat parti itu, Anwar Ibrahim akan mengumumkan kedudukan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.

Beliau berkata program pada hari itu ialah 'Program Selamatkan Malaysia' di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan dihadiri oleh Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Saifuddin Nasution berkata anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mengambil cuti sakit ketika ini.

"Saya ada berkomunikasi dengan pegawai khas Datuk Zainal Abidin, dia ok, stabil. Pejabat Dewan (Rakyat) juga telah dimaklumkan mengenai dengan keuzurannya dan pegawainya sudah hantar surat cuti beliau pada minggu lepas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan