PERAKKUME
PM Najib Razak berkata belum ada keputusan dibuat behubung rombakan kabinet berikutan keputusan pemilihan parti MCA semalam.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Najib berkata tiada ruang masa yang ditetapkan bagi rombakan itu kerana beliau perlu berbincang dengan presiden MCA yang baru, Datuk Seri Chua Soi Lek terlebih dahulu.
“Tiada keputusan lagi. Kami akan menganalisis keputusan itu untuk memahami mesej yang cuba disampaikan oleh perwakilan.”
Ditanya mengenai kedudukan Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang kedua-dua mereka tewas pada pemilihan semalam itu, Najib berkata: “Ia bergantung.”
Beliau juga berharap tidak ada lagi puak-puak dalam MCA dan semua pemimpin akan bersatu semula.
“Ini adalah titik baru bagi MCA jika semua orang mengotakan apa yang dijanjikan mereka. Tetapi kita harus memberi mereka masa untuk melupakan sengketa.”
Ditanya sama ada skandal seks Chua akan menjadi liabiliti kepada BN, Najib berkata perkara itu belum jelas dan nyata.
“Ada pelbagai pandangan berhubung perkara itu tetapi lebih 900 perwakilan MCA telah memberikan mandat kepada Chua. Justeru beliau mempunyai kekuatan tersendiri yang dihargai oleh perwakilan,” katanya.
Perdana Menteri juga memilih untuk tidak mengulas ketika ditanya berhubung spekulasi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor .
“Siapa bagi tau? Beri kami masa. Kita perlu membuat keputusan yang betul dan menjalankan kajian sendiri,” katanya.
Mengulas peletakan jawatan 36 anggota jawatankuasa bahagian Bukit Bendera hari ini, Najib berkata apa yang dilakukan perlu mengikut perlembagaan parti.
p/s : nasib kau la najib.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan