Pengerusi BNBBC Perak Nadzri Ismail hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V. Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri .
Beliau berkata tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.
Beliau membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh di sini, Nadzri yang juga Adun Manjoi berkata Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.
Tindakan Sivakumar "menyamar" sebagai Speakar dikatakan satu tindakan menghina mahkamah.
"Kami menggesa pihak berkuasa memulakan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap Adun Tronoh...walaupun laporan polis telah dibuat sebelum ini, Adun Tronoh masih lagi bebas bertindak sesuka hati melampaui batasan undang-undang."kata Nadzri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan