Pengikut

Rabu, 17 Mac 2010

CHUA SOI LEK : SMS PALSU / HANTU






Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
pada satu majlis di Alor Star.


Kini tersebar luas di seluruh negara yang mengaitkan keputusan Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding jawatan presiden MCA mendapat restu Perdana Menteri dan Timbalan.



Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Chua mendakwa SMS itu tidak benar dan hanya mencemarkan nama baik Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Sejak semalam ramai perwakilan mendakwa menerima SMS, Ka Ting bertanding kerana direstui Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Ini tidak benar.



Saya telah berjumpa Najib dan Muhyiddin selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menyatakan mereka sayangkan MCA dan tidak akan campur tangan tangan dalam pemilihan parti," kata Chua.




Beliau seterusnya menggesa Ka Ting
yang juga bekas presiden MCA agar membuat penafian secara terbuka berhubung dakwaan sms berkenaan.


Kemelut dalam MCA hanya boleh diselesaikan dengan pemilihan yang bersih, katanya.



Chua juga melihat hasrat bekas presiden MCA itu untuk bertanding pada pemilihan parti 28 Mac ini akan menyebabkan perpecahan dalam MCA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan