Pengikut

Rabu, 24 Mac 2010

KU LI SETUJU BERSAMA KERAJAAN KELANTAN






Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Wakil Kerajaan Negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.


Exco Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco yang di Pengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.



Beliau berkata, Mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh 4 bulan berkuatkuasa hari ini.



Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.



Surat rasmi pelantikan itu akan dihantar kepada Tengku Razaleigh dalam tempoh terdekat ini," kata Datuk Husam.



Ditanya, sama ada pemimpin veteran Umno itu menerima atau tidak pelantikan itu, Husam yang juga ADUN Salor, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan persetujuan Tengku Razaleigh untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu royalti minyak yang berlarutan antara Kerajaan Negeri dan Pusat.



Beliau berharap dengan pelantikan itu , isu royalti minyak yang dihadapi Kerajaan Kelantan akan dapat diselesaikan kerana wakil Kerajaan Negeri itu adalah merupakan orang yang layak kerana beliau sendiri bekas Pengerusi Petronas serta individu yang bertanggungjawab merangka perjanjian tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan