Pengikut

Isnin, 29 Mac 2010

'SETIAUSAHA SULIT " YANG SULIT DIBEBASKAN






Ketua Polis Negara, Musa Hassan hari ini mengesahkan "Setiausaha Sulit" kepada Sultan Kelantan telah dibebaskan petang ini dengan jaminan polis setelah ditahan reman selama 4 hari.


Polis masih menjalankan siasatan rapi berhubung penahanannya dan akan merujuk kes itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.


Khamis lalu, polis menahan lelaki itu yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.


Dia ditahan pada 9 malam dan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penyamaran dan berikutan itu telah ditahan reman. Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Musa juga berkata polis telah mula memperketatkan kawalan di beberapa lokasi sempena Majlis Penganugerahan Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah-darjah kebesaran, bintang-bintang, pingat-pingat dan surat kepujian oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Balai Besar di sini, esok.

1 ulasan:

  1. Adekah setiausaha sulit ini akan menjadi sekor kambing hitam kelak?

    BalasPadam