Pengikut

Isnin, 29 Mac 2010

WEE DAH MULA MERAGAM






MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong hari ini mendedahkan beberapa `Firaun Kecil' atau `Little Napoleon' dalam pakatan pembangkang pernah mempersoalkan pemilihannya oleh Parlimen Malaysia menyertai lawatan kerja di Washington, baru-baru ini.


Beliau berkata, firaun kecil dalam PKR termasuk di kalangan wakil rakyat Pas dan DAP yang iri hati dengan pemilihan dirinya itu, sebenarnya pernah dipilih mengikuti lawatan kerja menteri atau Speaker Parlimen sebelum ini.


Katanya, jika pemilihan dirinya menjadi satu isu, pakatan pembangkang perlu mewujudkan satu dasar bahawa Ahli Parlimen Pembangkang tidak boleh mengambil bahagian dalam semua lawatan ke luar negeri dengan Menteri, Speaker atau Ahli Parlimen Kerajaan.


"Saya tidak pernah mempertikaikan pelantikan firaun kecil mengikuti lawatan keluar negara kerana saya tiada perasaan cemburu walaupun firaun kecil itu mengetepikan saya dan mengklasifikasikan saya sebagai `junior MP'.


"Malah, walaupun saya tidak bersetuju tetapi saya tidak mempertikaikan pemilihan Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Elizabeth Wong untuk mengejar Ahli Parlimen BN di Taiwan supaya melompat parti, walaupun tidak berhasil.



"Sebenarnya, lawatan saya ke Washington untuk berjumpa Jabatan Perdagangan, Ahli Kongres dan Senator serta Pusat Pengajian Strategik Antarabangsa (CSIS) Amerika Syarikat bagi menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik lebih baik antara kedua negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan