Pengikut
Rabu, 24 Mac 2010
APA KEPUTUSAN SPR..? MAIN LAGI KE..?
Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?ATAU mungkinkah SPR akan sekali lagi mencari seribu satu alasan untuk menafikan pilihanraya kecil di sana.
MB Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Adun Titi Tinggi, Yip Sun Onn.
Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.
Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.
Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis. Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008.
Perletakkan jawatan ADUN oleh Yip adalah disebabkan beliau digugurkan dari jawatan Exco baru-baru ini.
Namun begitu saya percaya Yip akan menarik balik surat perletakkan jawatan kerana BN sudah pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan maruah mereka dari dimalukan dengan perletakkan jawatan ADUNnya ini.
Jika BN sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya saya yakin kali ini mereka juga akan mengulangi cara dan strategi ampuh mereka untuk memujuk Yip.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan