Pengikut

Rabu, 24 Mac 2010

APA MAU TAKUT...?






Calon Presiden MCA, Chua Soi Lek mendakwa beliau tidak gentar dengan Ong Ka Ting ataupun sesiapa sekalipun kerana darah 'takut' tidak pernah mengalir di tubuhnya.



Bekas Timbalan Presiden MCA yang dipecat pada penggal lalu , berkata sejak dua tahun lalu dia telah melalui pelbagai cabaran dan pahit-getir ketika menjadi mangsa dan dipinggirkan oleh presiden ketika itu, Ong Tee Keat.




Chua juga mendakwa Ka Ting yang muncul semula dalam dunia politik memang telah lama merancang perkara berkenaan.
“Ka Ting yang kita kenali pandai mempamerkan dirinya supaya kelihatan baik dan tidak bersalah. Seni itu dikuasainya lebih baik daripada Tee Keat,” katanya.



Menurut Chua, Ka Ting tidak sepatutnya menggunakan pelbagai alasan untuk kembali sedangkan hakikatnya beliau merancang semua perkembangan itu.




Chua juga mendakwa Tee Keat gagal menangani isu PKFZ secara profesional tetapi sebaliknya mempolitikkan isu berkenaan untuk meraih undi simpati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan