Pengikut

Selasa, 23 Mac 2010

MEMBAKAR UTUSAN MALAYSIA MERUPAKAN 1 DOSA ?






Seorang penyokong kerajaan hari ini menyifatkan tindakan orang Melayu membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadap terhadap bangsanya sendiri.


Datuk Mohamad Aziz BN-Sri Gading berkata, akhbar itu merupakan lidah rasmi bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan dahulu tetapi malangnya, akhbar itu kini dihina oleh orang Melayu sendiri.



"Saya ingin menyatakan terutamanya kepada orang Melayu yang membakar Utusan Malaysia beberapa minggu lalu sedarkah perbuatan ini perbuatan yang paling biadap kepada bangsa Melayu.





"Utusan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1937, 73 tahun yang lalu. Inilah lidah rasmi bangsa Melayu (ketika) hendak menuntut kemerdekaan negara ini. Inilah akhbar yang mendidik minda Melayu( MELAYU MANA...? ) supaya terus maju, inilah lidah yang menjadi wakil kepada wadah perjuangan Melayu untuk menyatukan Melayu dan membawa Melayu kepada perubahan yang lebih baik dari zaman itu untuk masa-masa akan datang.



"Apakah tergamak orang Melayu menghina satu akhbar yang begitu besar jasanya kepada bangsa Melayu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada Dewan Rakyat hari ini.



Perbahasan Mohamad itu kemudian dicelah beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut kecewa dengan tindakan orang Melayu terhadap akhbar arus perdana itu.



"Kita di sini bukan membela siapa, tetapi kita nyatakan yang benar tetap benar, mungkinkah mereka telah dipengaruhi oleh pemimpin bukan Melayu," kata Bung Moktar.( JAGA LE BINI KAT UMAH TENGAH ALAH TUUU , BUNG ! )

Bung Moktar berkata, akhbar itu juga dilabel sebagai rasis oleh pihak pembangkang kerana sering menyiarkan berita berbentuk provokasi seperti pendedahan pembatalan perarakan sambutan Maulidur Rasul oleh kerajaan Pulau Pinang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan