Pengikut

Rabu, 24 Mac 2010

SAPA MP NI....YANG......??








Ahli Parlimen............. , berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.


"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.


"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa," katanya .



......... juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.



Katanya, beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.



"Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi 'public' dan ada orang yang akan aib...ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu," katanya.



Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, ............. berkata: "Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit...macam-macamlah."



Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.



"Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).



"Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Anggota Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan," katanya.



Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.



Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, .............. berkata: "Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan