Pengikut

Selasa, 16 Mac 2010

APA KABOR DATUK ZAINAL ABIDIN ( MP HULU SELANGOR)






Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad MP Hulu Selangor kini sudah seminggu terlantar di rumahnya di Kajang, Selangor dalam keadaan tidak dapat berinteraksi walaupun masiih sedarkan diri. Ketidakhadirannya di Parlimen sejak hari Isnin tidak langsung menarik perhatian ahli-ahli dewan dari PKR atau pakatan pembangkang yang lain.




Malah, Pengarah Pilihanraya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh ketika dtemui di bangunan Parlimen, Selasa memberitahu , beliau dimaklumkan bahawa Dr. Zainal sudah sembuh dan kini sedang berehat di kediamanannya..




“Saya diberitahu dia dah sihat dua tiga hari lepas,’’ katanya. Apabila diberitahu bahawa Dr. Zainal kini dalam keadaan kritikal beliau kelihatan agak terkejut dan enggan mengulas lanjut.



Beliau cuma mengakui bahawa kali terakhir berjumpa Dr. Zainal ialah pada sesi tahun lepas iaitu lebih daripada empat bulan yang lalu..




Sementara itu, sumber rapat dengan tokoh politik itu memberitahu bahawa Ahli Parlimen berusia 70 tahun itu yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor dalam era pemerintahan Barisan Nasional itu kini dalam keadaan amat lemah.




Beliau yang dibedah kali ketiga di Pantai Medical Centre di ibukota untuk mengeluarkan tumur di kepalanya pada 11 Januari lalu dibenarkan pulang ke kediamannya pada Selasa minggu lalu. Sebelum daripada itu beliau dijadualkan dibenarkan pulang tiga hari sebelumnya tetapi ditahan oleh pihak hospital kerana keadaan anti-body yang terlalu lemah.




Kini, ketika berehat di rumah, beliau turut dipantau oleh salah seorang anaknya yang merupakan doktor perubatan. Difahamkan bahawa hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan menziarahi beliau untuk memastikan beliau mendapat rehat secukupnya dan tidak menganggu tahap kesihatannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan