Pengikut

Selasa, 23 Mac 2010

MP BN PUN BENCI SAMA LU LA...LETAK LA JAWATAN







MP Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.


Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.



Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.


Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.



Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

1 ulasan:

  1. Menyalak siang malam akhirnya orang umno yang busuk sampai ke usus itupun tak mau terima apatah lagi parti lain...eloklah berhenti...dah jadi macam bangkai bernyawa pulak.

    BalasPadam