Pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

BERITA PERAK: YE KE NI BANG FAUZI?





Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan hancur dan lebih huru-hara selepas kongres pemilihan kepimpinan parti mereka yang dijangka awal tahun hadapan, berikutan banyak kemelut perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bekas Ketua Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, secara jujurnya melalui pengalaman lama dalam PKR serta maklumat terkini dari kepimpinan PKR terkini, beliau yakin dan percaya bahawa PKR akan hancur dan lebih huru-hara.

Menurutnya, beliau percaya PKR tidak akan mengadakan kongres pemilihan mereka pada penghujung tahun ini, tetapi dijangka diadakan pada awal tahun hadapan kerana perlu menyelesaikan banyak perkara termasuk kemelut dalam PKR terutama memulihkan cabang digantung, cabang dibubar serta banyak keahlian tidak dikemaskinikan di seluruh negara.

“PKR sebenarnya sebuah parti boleh diumpamakan seperti sebuah kapal perang yang rosak dan hampir karam, terlalu banyak masalah dan kerenah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menyokong kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor yang menyifatkan PKR sedang mengalami era kehancuran dengan pelbagai masalah dalaman melanda pemimpin mereka sekarang.

Fauzi berkata, akibat ghairah dan begitu teruja dengan matlamat mereka sehingga mereka lupa untuk menjaga kapal mereka sendiri sehingga rosak dan hampir tenggelam gara-gara kerakusan, kegilaan mengejar kekuasaan, kedudukan serta kemewahan yang bakal dirampas oleh pencacai, kelasi serta kapten kapal mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan