Pengikut
Selasa, 10 Ogos 2010
SIAPA PENGERUSI PKR PERLIS?
Krisis perebutan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis melibatkan dua puak dalam parti didakwa menjadi sebab pengerusi sebelum ini, Johari Shafie dan penyokong kuatnya yang juga Ketua Cabang PKR Kangar, Bidin Pin meletak jawatan 3 Ogos lalu.
Ketua Wanita PKR Perlis, Dr Suraya Sudin berkata, perebutan kuasa antara Johari dengan Ketua Cabang Arau, Hashim Bakar wujud sejak Johari dilantik sebagai Pengerusi PKR Perlis dua tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, pengikut Hashim yang rata-rata terdiri orang lama parti menolak kepimpinan Johari yang disifatkan masih baru.
Menurutnya, kedua-dua kumpulan itu dikatakan tidak sebulu antara satu sama lain dan sering bercanggah pendapat kerana masing-masing mendakwa mereka dapat mentadbir PKR negeri lebih baik sehingga ke satu tahap, kedua-dua pemimpin itu ‘merajuk’.
“Sehingga sekarang, Jawatankuasa PKR Pusat masih tidak memberi maklum balas mengenai peletakan jawatan Johari dan Bidin dan saya difahamkan, surat itu masih belum diterima oleh mereka.
“Di peringkat negeri, saya sudah arahkan semua wakil sayap parti untuk berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah ini termasuk mencadangkan agar kedua-dua pihak yang bertelagah duduk semeja untuk berdamai,” katanya.
Dr Suraya yang juga Timbalan Pengerusi II PKR Perlis berharap kemelut dalaman ini dapat diselesaikan segera bagi membolehkan kepimpinan kembali memfokuskan kepada usaha memperkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Mengenai peletakan jawatan Bidin sebagai Ketua Cabang PKR Kangar, Dr Suraya percaya tindakan itu disebabkan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Johari ke dalam PKR Perlis.
“Mungkin tindakan Bidin meletak jawatan sebagai protes terhadap layanan yang diterima oleh Johari sebelum ini.
“Secara peribadi, dakwaan Johari tiada ciri-ciri kepimpinan oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas kerana beliau seorang yang cepat belajar dan berusaha untuk mengambil tahu hal parti,” katanya.
Menurutnya, mungkin dari segi latar belakang politik, Johari kurang berpengalaman dan masih baru.
“Tetapi itu bukan masalah kerana bagi saya, beliau mempamerkan prestasi baik setakat ini,” katanya.
Dr Suraya berkata, walaupun berhadapan dengan kemelut sokongan terhadap parti di negeri ini, setakat ini tidak akan terjejas, malahan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memang semua orang Perlis dan satu Malaysia tahu apa pergolakan yang berlaku dalam PKR perlis.Dan yang peliknya pihak pusat tidak mengambil langkah-langkah untuk memyelesaikan masallah itu daripada berlarutan.Memang sepatutnya Saudara Johari merajuk dan meletak jawatan kerana semua kerja-kerja yang dibuat untuk parti disabotaj oleh orang-orang yang sepatutnya menyokong dan membantu beliau.
BalasPadamSemua aku tengok tak betul.Yang AMK berperangai kebudak-budakan dan tak habis-habis nak membangkang.Depan kawan tu cakap lain dan dibelakang orang tu cakap lain.Wanitanya pula asyik nak memperjatuhkan Ketua dan perasaan sangat dia lebih pandai dan layak memimpin sehingga tidak mengiktiraf perlantikan ketua daripada pusat.Walhal kalau nak dibandingkan dia tu tiada apa-apa, hanya membuat kerja jahat dan sabotaj serta memperburukkan orang dalam parti untuk orang yang berkepentingan.Siapa yang buat diharap terasa dan insaf.
Ada SUK pun lagi memeningkan kepala,Kerjanya asik nak mengatur dan mempergula-gulakan orang.Buat aje la kerja SUK,tak payah sibuk nak mengatur siapa yang patut naik pengerusi,siapa yang patut pegang Ketua Wanita atau apa-apa lagi la....
Terlalu sibuk mengatur orang,pejabat pun tak masuk dan dah jadi sarang tikus dan nyamuk.Semua orang yang berurusan dengan Pejabat PKR terpaksa datang sebanyak 5 hingga 6 kali baru dapat jumpa,walaupun tujuan kedatangan hanya untuk serah borang.Macam mana PKR nak maju.
Tapi kesimpulan daripada semua kejadian di Perlis.Kita dapat rumuskan.Kebanyakan ahli-ahli parti yang ada di Perlis tidak pandai menghormati dan mendengar arahan ketua.Tidak mengiktiraf perlantikan ketua yang dilantik oleh pusat dan bermuka-muka.Dan yang peliknya pentadbiran pusat melayan kerenah-kerenah mereka ni dan menjadikan masallah Perlis semakin rumit.
Apa yang saya nampak,Pihak pusat telah membuat pilihan yang betul siapa-siapa yang patut dijadikan ketua yang rata-ratanya orang yang berpendidikan dan berpengalaman.Tapi golongan yang membuat masallah dan membangkang ni pulak terdiri daripada orang-orang lama yang kurang berpendidikan tapi cuma merasa megah dan bangga kerana kononnya mereka-mereka inilah yang dulunya terlibat dengan refomasi.Zaman dah berubah la kawan.Parti memerlukan orang-orang yang berpengalaman untuk memimpin dan bukan nak belajar dan beri jawatan kerana kita orang lama.Kena terima hakikat yang banyak orang yang boleh memberi pimpinan yang lebih baik di zaman yang mencabar ini.
Masallah Perlis dah lama sangat berlanjutan dan PRU 13 dah semakin hampir.Insaf dan bersatulah untuk kebaikan parti.Janganlah menghalalkan apa saja untuk mencapai sesuatu yang hanya untuk kepentingan diri.Jangan jadi macam budak-budak.Dan pada pemantau-pemantau parti yang datang keperlis...Jangan lah datang untuk berlakun didepan Dato Seri aje.Dengar lain dan lapur lain.Kena jujur la kalau buat kerja.Sampai bila nak selesai masallah perlis ni.Semuanya jangan la jadi kurang cerdik sangat... sangat..Kesian la kat Pimpinan yang mengharap bantuan dari kamu semua.
PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI PERLIS TIADA FUNGSI
BalasPadam25 Disember 2010.Kangar.Pemilihan 2010 telah lama tamat dan semua calon telah dapat menerima keputusan dan menilai sendiri ketelusan parti dalam menjalankan pemilihan.Hendak atau tak nak,suka atau tak suka,itulah yang kena diterima kalau masih mahu duduk dalam parti.Cuma pada masa sekarang ini apa yang berlaku didalam negeri Perlis amat membimbangkan.Pemilihan 2010 yang lalu seolah-olah perang saudara yang berlanjutan sehingga sekarang ni.
Tinjauan yang dibuat di Perlis mendapati calon-calon yang kalah semasa Pemilihan 2010 terutamanya pada Pemilihan Pusat seolah-olah dihukum dan disingkirkan daripada parti,kerana mereka masih dianggap musuh dan ancaman pada mereka kerana bertanding dalam pemilihan.Sepatutnya semua mereka ini berbaik dan berkerjasama untuk membangunkan parti untuk menghadapi PRU 13 yang dah tak lama lagi.Mereka seolah-olah mencipta musuh dalaman apabila menyingkirkan calon yang kalah pada Pemilihan yang lalu.Tindakan mereka seolah-olah amaran supaya apa-apa pemilahan jawatan tidak boleh ditandingi dan hendaklah dibuat mengikut kehendak mereka yang mempunyai kuasa pada masa itu.Inikah demokerasi yang mereka perjuangkan dalam parti dan adakan bentuk demokerasi yang macam ni yang mereka akan guna pakai seandainya mereka dapat memerintah Malaysia satu hari nanti.
Sebagai contoh,maklumat yang kita dapati daripada perbualan calon yang kalah pada Pemilihan 2010 yang lalu.Mereka disingkirkan terus daripada aktiviti-aktiviti parti dan langsung tidak mendapat maklumat tentang parti,tidak menerima apa-apa notis untuk mesyuarat walaupun mereka secara resminya masih memegang jawatan dan setidaknya masih menjadi ahli parti.Apa yang dimaklumkan kepada kami.setakat hari ini calon-calon kalah yang berjawatan sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa notis perlucutan jawatan daripada Pengerusi PKR Negeri Perlis.
Diharap PPN Perlis (En Johari Shafie)dapat membuat kenyataan resmi tentang perkara ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan.Sebagai PPN Perlis beliau bertangung jawab untuk menjawab persoalan ini.seandainya ada perlantikan dan perlucutan jawatan dalam parti,individu yang terlibat hendaklah dimaklumkan secara resmi melalui surat.
MEDIA
SRKP
JOIN APO MEMBER CLUB / ANAK PENEROKA ONLINE
BalasPadamhttp://groupspaces.com/GEN2MEMBERANAKPENEROKAONLINE/
http://duplicated2.blogspot.com
BalasPadamhttp:zaleesblogger.blogspot.com
BalasPadam