Pengikut

Jumaat, 6 Ogos 2010

SEPERTI DIJANGKAKAN





Seperti dijangkakan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Hakim Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu selepas berbincang dengan panjang.


"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif.

“Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Abdul Malik Ishak dan Clement Allan Skinner.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan