Pengikut

Ahad, 21 November 2010

ANWAR AZMIN UNDURLAH-AHLI DAH MUAK


Anwar, Azmin undurlah segera..ahli PKR menolak kepimpinan anda berdua..? demo yang berlaku malam tadi di Dataran Shah Alam.
 ------------------------------
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, beliau yakin Azmin Ali mampu menang dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu walaupun sekiranya Datuk Zaid Ibrahim tidak menarik diri sebelum ini.

NONE "Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang.

Saya percaya Zaid pun tahu, kerana dia tahu trend pencalonan.

"Tapi bila kita tahu, (sepatutnya) jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja," katanya.

Dr Syed Husin berkata, sewaktu membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, persaingan bagi mengisi kekosongan itu memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, tambahnya, "tak sangka menjadi teruk sehingga ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti dan pimpinan dengan bekerjasama dengan pihak luar yang memusuhi parti".sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan