Pengikut

Khamis, 4 November 2010

PRK GALAS: CERITA GILA HARI MENGUNDI

Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.
 
Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung  perkara tersebut sehingga setakat ini.

Walaupun ramai penyokong Pas berkumpul dan bersembahyang Asar di masjid tersebut namun sehingga jam 5.30 petang kelibat calon Pas itu tidak kelihatan.

Berikutan itu dakwaan khalwat menerusi beberapa blog sebelum ini tinggal misteri walaupun pada awalnya Pas cukup garang memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tersebut.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya. -MediaUMNO

2 ulasan:

  1. Omar ibnu khatab lah HAMPEH di zaman jahiliah nya,,,,,,,, tapi apabila dia bertaubat maka dia menjadi pengikut setia Nabi dan juga islam,,, kenapa lak aib org nak di buka kan ? apa punya bangsat melayu ni !!!

    BalasPadam